Usia Wanita Bukan Penghalang Untuk Kekal Cantik

Eh ingat orang muda je ke nak tampil cantik dengan memakai skincare dan makeup mahal-mahal? Tapi kalau nak nampak berseri sentiasa tak semestinya pakai produk antarabangsa janji kena tahu caranya confirm letops!

Biasalah, bila umur sudah makin meningkat kadang-kadang mesti anda rasa malas untuk maintain jaga kulit wajah. Lepas itu mula lah anda rasa risau, takut ada kedutan atau garis halus di muka. Sebenarnya nak kekal cantik ni tak mengira usia pun, even dah masuk usia 30 an anda harus tahu tip dan rutin penjagaan muka yang sebenar agar sentiasa nampak awet muda.

Pilih Losyen Yang Sesuai

Image result for women apply lotion

Sumber: self

Kebiasaanya bila dah mencapai usia pada umur 30 tahun, pasti anda mahu memilih produk anti-penuaan untuk menjaga kulit daripada terjadinya kedutan atau garis halus. Menurut Ginny Hubbard, pakar dermatologi Olay mengatakan bahawa penggunaan losyen atau serum yang lebih ringan adalah rutin yang terbaik berbanding menggunakan krim anti penuaan yang mempunyai sifat lebih tebal sehingga membuatkan wajah anda mudah mendapat jerawat dan iritasi.

Produk Berunsurkan Minyak

Related image

Sumber: pop

Kadang-kadang wajah ni sering terdedah pada cahaya matahari yang menyebabkan berlakunya kekeringan pada kulit, secara tak langsung kulit akan kehilangan kelembutan yang asal. Haa jadi kalau tak nak perkara ini terjadi apa kata anda menggunakan produk kecantikan berasaskan minyak. Kesemua simptom di atas boleh dibantu dengan minyak muka dan diurut dengan perlahan untuk menegangkan kulit muka.

Kurangkan Pengambilan Gula

Image result for no sugar

Bukan hanya luaran je kena jaga, tapi dalam pun penting tau! Sudah-sudah lah tu minum air manis, apa kata mulai harini anda kurangkan pemgambilan gula dalam makanan mahupun minuman. Bila usia dah lanjut ni macam-macam penyakit boleh dapat.  Jadi memperbanyakkan makanan sayur-sayuran dan buah-buahan agar kulit anda memperoleh nutrisi yang cukup.

 

Sumber: telegraph

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna