Usaha Keras! Doktor Ketuk Pintu Rumah Warga Asing Untuk Saringan COVID-19

Berbaki lagi lebih kurang 6 hari lagi tamat fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak kerajaan tidak putus-putus memesan pada orang ramai agar duduk di rumah untuk putuskan rantaian COVID-19.

Tapi tempoh lalu kita dikhabarkan dengan kemasukan secara haram warga asing seramai 200 orang di Langkawi. Lebih merisaukan lagi apabila sesetengah warga asing yang sudah berada di Malaysia disahkan positif COVID-19.

Sumber: infokesihatanmalaysia

Doktor datang ketuk pintu rumah…

Semalam, tular sebuah video pendek yang menunjukkan barisan hadapan COVID-19 bahagian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat serbuan di sebuah apartmen yang terletak di Jalan Masjid India.

Serbuan tersebut dilakukan pada setiap penduduk di situ tak kira warga asing atau pun bukan. Tindakan ini  dibuat bagi mengetahui sejarah perjalanan mereka serta mengetahui adakah mereka mempunyai simptom COVID-19.

Jom lihat video tersebut…

Sampai tahap macam ni sekali usaha barisan hadapan kita berusaha keras bagi memutuskan rantaian COVID-19, mengapa perlu kita berdegil untuk tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang rakyat?

Hanya duduk di rumah, bersikap jujur dengan doktor dan jaga kebersihan. Semoga usaha ini memberi hasil positif.

 

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Tengah Sibuk Dengan COVID-19, 200 Pelarian Rohingya Pula Ceroboh Masuk Malaysia

Cara Dapatkan Diskaun 50% Bil Eletrik!

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna