Usah Pandang Remeh, Kenali Fasa Sihir Pemisah Yang Masih Digunakan

Media sosial yang giat berkembang ini boleh membawa kepada kebaikkan dan juga keburukkan. Ianya bergantung kepada kegunaan seseorang terhadapnya. Ada sesetengah orang menggunakan media sosial sebagai sebuah platform untuk mencari rezeki dan ada pula menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri.

Siapa sangka ketika zaman yang penuh dengan teknologi ini masih ada lagi manusia yang mengamalkan ilmu sihir menyihir hanya semata kerana perasaan dengki dan juga sakit hati? Usah memandang remeh akan penggunaan ilmu sihir dalam dunia yang penuh maju ini.

Walaupun sudah mencecah tahun 2020, jangan terkejut dengan pendedahan mangsa-mangsa yang disihir ini. Walau sudah jelas ia merupakan satu larangan keras dalam Islam.

Sihir pemisah ini mempunyai beberapa fasa dan jika dibiarkan, sihir tersebut mampu merosakkan hubungan antara pasangan. Oleh itu, mari kenali fasa sihir pemisah terlebih dahulu supaya anda mudah untuk mengesan sebelum keadaan bertukar menjadi semakin teruk.

via GIPHY

 

Fasa-Fasa Sihir Pemisah

Fasa pertama, perasaan membenci  dan marah akan timbul di antara pasangan. Hal kecil akan bertukar menjadi sebuah pergaduhan yang buruk. Fasa kedua pula, berlakunya perselisihan faham antara pasangan dengan kerap. Rumah menjadi panas dan bahang!

Bukan itu sahaja, fasa ketiga dan seterusnya pula pasangan tidak lagi mempercayai antara satu sama lain. Ditambah pula dengan masing-masing, mula meragui pasangan dalam semua perkara. Sehinggakan perkara kecil juga turut diragui.

Seterusnya, fasa keempat muncul perasaan cemburu buta dan dikuasai oleh perasaan tersebut. Pasangan bermula rasa terlalu cemburu sehingga menuduh melakukan perkara yang tidak masuk akal.

Memasuki fasa kelima, anda dan pasangan sudah tidak lagi mempunyai perasaan untuk meneruskan hidup bersama. Pasangan mula merasakan tawar hati, tidak lagi mahu bermanja dan berkasih sayang. Melihat pasangan pun tidak lagi mempunyai perasaan apa-apa selain benci dan marah.

Fasa keenam adalah perubahan sikap yang teruk dimana pasangan tidak mengambil kisah langsung akan hubungan dan satu sama lain. Tidak berusaha untuk menjaga hati malah bertindak melakukan apa sahaja sesuka hati!

Fasa yang terakhir adalah fasa ketujuh di mana berlakunya perpisahan antara pasangan. Segala usaha yang dilakukan untuk membina rumah tangga dan menjaga hubungan hancur dan kalah ditangan sihir. Oleh itu , dinasihatkan untuk benteng diri dari awal!

Jika terdapat berlakukan kebanyakkan fasa-fasa tersebut dalam perhubungan, Donna cadangkan untuk anda terus berubat dan jangan lagi ditangguh. Cuba lawan perasaan malas dan berat itu dan terus bawa diri dan pasangan berubat di tempat yang betul.

Cubalah lindungi rumah dengan ayat pelindung. Sentiasa amalkan pelindungan pada diri dan cuba lihat perbezaannya!

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Bidadari.my

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna