Usah Bersedih, Ini Tip Raya Berjauhan Dari Keluarga

Banyak perkara yang harus kita belajar waktu ini untuk menyesuaikan diri dengan norma kehidupan yang baru. Seperti mana yang kita semua harus lalui, penularan wabak COVID-19 ini lebih serius, merbahaya dan berisiko dari yang kita semua sangkakan.

Sehinggakan kita menyambut raya juga berubah hampir sepenuhnya! Ada yang terpaksa kekal berada di bandar menyambut hari raya bersama dengan rakan rumah, ada pula yang sempat pulang ke kampung halaman yang jauh nun di sana tu.

But, yang paling bertuah adalah mereka yang mempunyai desa yang tidak perlu pun melintas negeri dan melalui perjalanan yang jauh! Okay enough being sad, mari Donna kongsikan tip mudah untuk anda yang beraya berjauhan dari keluarga.

Baca:4 Tip Mudah Berjimat Cermat Beli Baju Raya

Lagu Raya ‘Vibe’

Okay yang ini boleh dikira sebagai satu langkah yang penting untuk memastikan mood korang sentiasa okay. Of course, memanglah ada lagu raya yang membawakan mood sedih dan sebagainya. So, untuk mengelakkan daripada anda terjebak dengan perasaan sedih, Donna cadangkan untuk ada sediakan satu playlist lagu raya yang membawakan perasaan yang gembira sahaja! You won’t know until you tried it!

Hias Rumah

Okay lagu dah check! Now, apa yang anda kena pandang adalah hiasan. Untuk hari raya, bukan sahaja penting bagi anda menghiaskan diri. Malah, menghias rumah bertemakan raya juga merupakan satu langkah yang positif untuk menghidupkan suasana raya. Think about it! 

Bangun Pagi

Alright, bila waktu raya sahaja tiba, semua orang akan bangun awal tidak kiralah jika anda ni morning person ataupun tidak. Bersemangat sikit bangun awal pagi dihari raya dan melakukan persiapan untuk beraya. Sekurang-kurangnya tidaklah kosong sangat nak sambut raya!

Duit Raya

Dengan teknologi canggih zaman sekarang ni semua benda boleh settle online! Kalau saman pun boleh settle online, takkanlah duit raya tak boleh transfer dalam taliankan? Waktu ini semua orang bermurah hati untuk kongsikan rezeki masing-masing tau.

Rakan Raya

Donna pasti mesti ramai yang tidak sempat untuk pulang ke kampung halaman. Jadi, cubalah ziarah mereka. Hanya pastikan anda untuk mematuhi SOP yang ditetapkan okay? Jika tidak pun, video call your friends! Waktu inilah merupakan satu langkah yang sesuai untuk bertanya khabar!

Donna berharap anda semua untuk turus kekal positif dalam menyambut raya pada tahun ini. Walaupun berbeza, sambutan raya kali ini, akan tetapi ia bukanlah satu alasan untuk kita tidak menikmati kehadiran Aidilftiri.

 

Baca: Raya Ketika PKPB, Apakah Hikmahnya?

Baca:Ini Senarai Garis Panduan Solat Jumaat & Solat Sunat Aidilfitri Yang Harus Dipatuhi Oleh Negeri Perak

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna