Urat Kaki Tangan Timbul Berbelit-Belit Masalah Pembuluh Darah Serius?

Mesti pernah perasan urat seperti sarang labah-labah menjalar di kaki atau tubuh anggota lain kan? Ada yang memanggilnya sebagai urat bersimpul.”

Urat bersimpul adalah saluran darah yang besar, bertimbul-timbul, dan membengkak menerusi kulit, dan kelihatan agak sama dengan akar pokok yang menjalar. Biasanya, urat bersimpul terbentuk pada bahagian kaki dan berwarna merah, ungu ataupun biru.

Sumber Foto: varicoseveins.co.uk

Punca Urat Bersimpul

  • Keturunan
  • Peningkatan usia
  • Masalah berat badan berlebihan
  • Hamil
  • Pekerjaan yang memerlukan seseorang berdiri lama
  • Kurang bergerak & berjalan
  • Pengambilan pil perancang

Sumber Foto: yourveininstitute.com

Bagi wanita, urat yang berbelit-belit dan timbul dari atas hingga ke bawah tubuh sememangnya sesuatu yang mencacatkan dan menghodohkan. Keadaan ini menyebabkan mereka bukan saja menghadapi dilema dari aspek kosmetik, tetapi mereka juga sebenarnya menghidap sejenis penyakit. Penyakit ini dikenali sebagai vena varikos (VV) yang menyebabkan kaki sesetengah penghidapnya menjadi semakin berat terutama selepas banyak berjalan. Ia boleh menimbulkan rasa tidak selesa.

Sumber Foto: express.co.uk

VV merupakan sejenis penyakit apabila vaskular pembuluh darah vena mengembang dan memanjang. Vena merupakan saluran darah yang membawa darah tanpa oksigen dan mengandungi toksik ke bahagian kanan jantung. Apabila sampai ke jantung, darah ini akan disalurkan ke paru-paru untuk dioksigenkan dan dinyahtoksikkan. Darah juga melalui proses penapisan pembersihan melalui organ seperti hati dan buah pinggang. Darah yang telah dioksigen dan dinyahtoksikkan akan dihantar semula ke seluruh tubuh. Kaki mempunyai penutup vena sehala yang berfungsi untuk membantu perjalanan darah balik ke jantung.

Sumber Foto: newsnetwork

Apabila salah satu atau lebih injap ini gagal berfungsi dengan baik atau mengalami kebocoran, darah akan turun semula ke kaki. Apabila darah turun ke kaki, isi padunya dalam pembuluh darah kaki menjadi berlebihan. Keadaan ini mengakibatkan urat darah mengembang dan memanjang. Lama-kelamaan, tekanan secara berlebihan pada urat darah ini menyebabkan cabang-cabang halus pembuluh darah dapat dilihat dengan mata kasar di bawah permukaan kulit kaki.

Risiko VV

Sumber Foto: express.co.uk

  • Penyakit vena varikos biasanya tidak banyak mendatangkan mudarat, tetapi jika diabaikan tekanan darah dalam vena akan bertambah tinggi sehingga menyebabkan darah mendak di kaki dan aliran darah lembap.
  • Keadaan ini akan mengakibatkan kaki bengkak dan pesakit susah untuk berjalan. Darah yang mendak ini mengandungi aras karbon dioksida dan produk racun yang tinggi dari metabolisma tisu di samping aras oksigen yang rendah.
  • Untuk jangka pendek ia menyebabkan pesakit kerap merasa kekejangan otot dan gatal pada kulit. Akibat aliran darah yang amat perlahan di bahagian kaki, banyak sel darah yang akan pecah menyebabkan zat besi (ferum) meresap ke tisu mengakibatkan warna kulit bertukar lebih gelap atau kehitaman.
  • Apabila resapan ini bertambah teruk, darah tidak dapat mengalir ke bahagian kulit menyebabkan terjadinya kudis atau ulser yang kronik.

Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan rawatan atau berjumpa doktor anda dengan segera.

 

Sumber: myhealth bharian

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna