Unik! Warga Itali Raikan Hari Terakhir ‘Lockdown’ Dengan Makan Aiskrim

Mungkin anda masih ingat bagaimana dahsyatnya Itali terkena pandemik COVID 19 beberapa bulan lepas. Tindakan kerajaan mereka melakukan lockdown ternyata menjadi. Angka penularan semakin menurun selepas itu.

Itali memang terkenal dengan ais krim mereka yang sedap. Kalau tepi jalan itu, memang banyak betul kedai ais krim. Jadi, sempena hari terakhir lockdown, warga negara itu meraikannya juga  dengan ais krim!

BACA: Tolonglah Duduk Rumah” – PM, Rakyat Malaysia Jangan Ulang Kesilapan Rakyat Itali

Sumber: Wiki

Seperti yang dilaporkan AFP, penduduk negara itu memang banyak menghabiskan masa dengan makan ais krim walaupun semasa lockdown. Ada juga yang makan ais krim waktu makan tengahari. Wah, mereka betul-betul mencintai ais krim.

Kalau anda nak tahu, Itali mempunyai 39 ribu kedai ais krim. Selepas orang ramai boleh keluar rumah, sektor penjualan ais krim kembali meningkat. Hampir 240 tan ais krim dinikmati Rome dan sepanjang pantai Lazio.

BACA: Lazat Dan Berkrim! Italian Dessert; Panna Cotta Mampu Sejukkan Tekak Pada Musim Panas

via GIPHY

Bukan itu sahaja, Itali akan buka pintu negara mereka untuk menerima pelancong luar bermuka 3 Jun ini. Bar, restoran, salon semuanya akan dibuka kembali dengan syarat penjarakan sosial dan melakukan sanitasi.

Kalau kerajaan umumkan habis PKP, apa agaknya cara rakyat Malaysia menyambutnya ya?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kompas

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna