Unik! ‘Spiderman’ Jual Teh Ais Tarik Minat Kanak-Kanak

Siapa sangka dengan hanya menjual teh ais dan memakai kostum animasi watak ‘Spiderman’ menjadi perhatian ramai terutamanya buat golongan kanak-kanak. Menariknya jualannya sangat laris setanding kafe-kafe mahal dengan 200 gelas laris sehari.

Jualan air yang berkonsepkan tema ‘ Teh Beng Avengers’ membuatkan ramai orang ingin berhenti dan membeli air mereka. Bukan itu sahaja, kanak-kanak turut tertarik apabila munculnya adiwira Spiderman di tepi jalan sehingga membuatkan mereka ingin mengambil gambar bersama. Biasalah selalunya anak-anak hanya melihat watak tersebut di televisyen tapi kali ini ada depan mata, memang teruja lah!

Image result for spiderman jual teh ais

Sumber: thejohor

Idea kreatif Azlan bukan hanya untuk menarik minat pelanggan semata-mata tetapi ia disebabkan kejadian sebelum ini pernah berlaku kes kemalangan berhampiran di kedainya, jadi dia ingin membantu mangsa tersebut. Walaupun  keadaan panas dan berpeluh, tetapi perkara tersebut tidak menghalangnya untuk beraksi melayan pelanggan dengan mengenakan kostum kartun malah dia sanggup balik dan mandi untuk tukar kepada kostum yang lain.

Image result for spiderman jual teh ais

Sumber: frontdesk

Haa mesti ramai yang tertanya-tanya kan dekat mana teh ais Spiderman ni di jual? Ia terletak di Kampung Berserah, Kuantan. Penduduk dekat sana mesti dah serbu, anda yang jauh tu boleh la plan bawa anak-anak untuk rasa sendiri kesedapan air teh ais sambil tu boleh ambik gambar sekali dengan hero Spiderman dan encik Mickey mesti mereka suka!

 

 

 

Sumber: bh

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna