Unik! Pelanggan Pakai ‘Topi Social Distancing’ Lepak Dekat Cafe

Selepas beberapa bulan dunia dilanda pandemik COVID 19, nampaknya semua negara semakin beradaptasi dengan normal baharu sebagai salah satu cara menangani wabak ini. Memandangkan kes penularan menurun, banyak negara sudah mula menghapuskan lockdown dan membenarkan rakyatnya untuk keluar rumah.

Namun, memandangkan wabak ini belum berakhir. Langkah penjagaan masih perlu dilakukan. Ini ada cerita yang menarik di sebuah kafe yang terletak di Kota Schwerin, German.

BACA: Gelombang Kedua Covid-19 Mendadak Naik Setelah Perintah Berkurung Ditamatkan

Sewaktu hari pertama  kafe itu dibuka semula, pihak Cafe & Konditorei Rothe  telah memberikan topi khas untuk memastikan pelanggan mematuhi jarak sosial. Topi warna warni itu juga dikatakan dapat memberikan perasaan selamat kepada pengunjung yang lain.

BACA: Doktor Seluruh Dunia Masih Guna Konsep Try & Eror- Rakyat Jangan Degil

“Masa-masa melawan pandemik macam inilah, kita boleh lakukan sesuatu yang boleh memberikan senyuman kepada ramai orang,” kata Jacqueline Rothe pemilik kafe tersebut.

German mula melakukan lockdown pada bulan Mac dan membatalkan perintah lockdown secara berfasa bermula pada April lalu. Walaupun bisnes sudah mula beroperasi seperti biasa. Tapi langkah penjagaan keselamatan dan kesihatan masih perlu diambil. Penduduk dinasihati untuk sentiasa memakai topeng penutup mulut dan hidung, kerap cuci tangan dan mengamalkan penjarakkan sosial

Sumber: wdam7

Kita tak tahu bila agaknya pandemik ini akan berakhir. Namun apa yang pasti, kita semua kena biasakan diri dengan normal baharu yang dilakukan di seluruh dunia. Apapun, tahniah atas usaha yang dilakukan kafe ini, memang kreatif.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Wdam7

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna