Umur 40-an, Wanita Patut Beri Masa Lebih Untuk Diri Sendiri

Cuba ingat semula bila kali terakhir anda lakukan perkara yang anda minati tanpa dipaksa atau disuruh?Maksudnya, diri sendiri yang mengambil inisiatif untuk melakukannya. Mesti sudah lama sebab faktor menguruskan keluarga dan kerja di pejabat sehingga lupa untuk beri terapi pada diri sendiri.

Bukan apa, menurut satu kajian badan kita akan berasa kurang stres bila kita melakukan perkara yang kita minati malah, diri lebih rasa bahagia berbanding mereka yang tak buat perkara yang mereka minati. Sekarang ni, cuba cari apa yang anda minat? Menjahit? Membuat kuih? Atau menelaah buku?

Cari hobi

Mungkin disebabkan usia sudah meningkat jadi apa yang kita suka lakukan pada usia remaja dulu sudah berbeza. Mahu atau tidak, anda perlu cari satu aktiviti yang dapat menenangkan anda.

Enjoy!

Bila dah cari tu, jangan judge minat diri sendiri. Maksudnya, kalau suka menonton television, teruskan. Kalau suka bersenam, teruskan. Tak ada yang salah atau betul. Asalkan bila anda lakukan aktiviti tu, anda rasa enjoy, puas hati dan seronok.

Sumber: GH

Jadualkan

Bila dah cari dan rasa seronok dengan satu aktiviti tu, cuba anda jadualkan dalam rutin harian. Erti kata lain, setiap hari cari masa di antara sejam atau dua jam untuk lakukan aktiviti tersebut.

Tapi, kalau anda gemar lakukan aktiviti lasak dan sukar untuk lakukan pada setiap hari misalnya mendaki bukit, caranya adalah jadualkan sekurang-kurangnya sebulan dua kali atau sebulan sekali untuk laksanakan hobi anda.

Sumber: shutterstock

Cari hobi, jadualkan dan enjoy dengan hobi anda tu. Apa yang penting, bahagiakan diri sendiri. Tak semestinya bila tak dikelilingi dengan ramai kawan, anda tak boleh bahagia. Merasa bahagia pada usia 30 ke atas ni adalah keputusan kita sendiri sama ada nak sandarkan kebahagiaan pada orang lain atau terhadap diri sendiri.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Si Manja Tak Nak Makan? Pujuk Mereka Dengan Hidangan Piza ‘Snowman’

Hidangan Mat Saleh Ada Alkohol? Tak Apa, Gantikan Dengan Bahan Halal Ni

 

 

 

 

Sumber: MS

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna