Umpan Si Kecil Makan Sayur Dengan Cara Mudah Ini

Mesti anda semua pernah mengalami anak lari bila nampak ada sayur hijau dalam pinggan. Kadangkala sampai habis idea macam mana nak masak untuk jadikannya menarik. Tapi masih tidak berhasil jadi macam mana nak buat anak mudah makan sayur tanpa dipaksa?

Image result for anak tak suka sayur

Sumber : Nova

Sudah menjadi kebiasaan bila si kecil tidak mahu makan sayur ini kerana mereka masih tidak biasa dengan rutin makanan orang dewasa. Menurut pakar Baidurah Bazid pakar pemakanan, anak -anak yang mempunyai masalah enggan makan sayur adalah satu masalah besar buat ibu bapa kerana anak akan mengalami kekurangan mikronutrien. Pada tahap permulaan, anak anda mungkin akan bersikap selektif pada makanan yang tertentu tetapi jangan berhenti untuk memberi galakan. Ini kerana galakan yang berterusan pasti akan membantu anak anda untuk menerima jenis sayur-sayuran yang ada.

Image result for child eat vegetables

Sumber : FoodDiary 

Semasa penyediaan makanan untuk si kecil anda juga boleh libatkan anak anda bersama. Gunakan langkah tersebut untuk anak anda mengenali jenis -jenis sayur. Jangan lupa utamakan keselamatan anak-anak untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Gunakan peralatan plastik bagi memastikan tangan si kecil tidak luka. Penglibatan anak-anak semasa menyediakan hidangan sayuran pasti membuatkan mereka lebih berasa semangat untuk makan hidangan tersebut. Mereka juga akan lebih bersikap menghargai hidangan tersebut kerana ia disediakan oleh diri sendiri.

Related image

Sumber : askjuan

Ajar anak anda untuk makan sayur yang tidak pahit seperti lobak merah, tomato dan brokoli. Jangan memarahi atau mendesak si kecil jika mereka masih enggan makan. Jadikan waktu anda dan si kecil adalah saat paling indah ketika bersama ini kerana anak anda akan cepat membesar dan pasti anda akan rindu dengan telatahnya semasa kecil. Galakan seorang ibu sangat penting dan anda hanya perlu teruskan usaha untuk si kecil, selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : Pa&Ma

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna