Umat Islam Diseru Oleh Dr Zulkifli Hidupkan Semula Surau & Masjid

Datuk Dr Zulkifli Mohamad  yang merupakan Menteri Hal Ehwal Agama meluahkan perasaan kecewanya dalam laman akaun Twitter miliknya sendiri. Kekecewaan itu diluahkan setelah mendapati kehadiran para jemaah di masjid-masjid dan juga surau agak kurang memberangsangkan.

Setelah beberapa minggu tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP dijalankan, semua masjid, surau tidak menerima kehadiran jemaah. Perkara itu juga adalah bertujuan untuk mengelakkan penularan wabak virus merbahaya COVID-19.

Selain dari itu, pada awalnya memang ramai yang gelisah kerana penutupan rumah-rumah ibadat itu terpaksa dilakukan.  Walau bagaimanapun, kini setelah tamatnya PKP dan memasuki fasa PKPP atau Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, masjid dan juga surau kini telah dibuka dan orang awam boleh menggunakannya.

Menerusi laman Twitter miliknya, beliau menyeru supaya netizen terutamanya umat Islam memeriahkan dan mengimarahkan masjid. Melakukan solat fardu secara berjemaah dan aktiviti beribadah terutamanya. Selain dari itu, Ustaz Hamdan yang merupakan seorang imam di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya menyatakan kehadiran jemaah didapati kurang memuaskan walaupun kini sudah memasuki fasa pemulihan.

Dalam pada masa yang sama, beliau juga menegaskan supaya rakyat mematuhi SOP yang telah ditetapkan serta mengamalkan penjarakkan sosial. Ini adalah demi kebaikkan diri sendiri dan keselamatan diri juga. Tambahan pula, masjid dan surau adalah diklasifikasikan sebagai kawasan dalam zon hijau.

Kemungkinan juga ramai dalam kalangan masyarakat yang takut akan menghadirkan diri ke tempat awam. Apakan lagi risiko untuk berkumpul ramai? kerana risiko COVID-19 ini memang tidak menentu dan masih lagi membahayakan. Walau bagaimanapun, majoriti mematuhi SOP dan penjarakkan sosial serta mengambil ini sebagai satu langkah yang serius, tidak sepatutnya menjadi masalah.

 

 

 

 

 

 

Sumber:Ohbulan

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna