Ulam-Ulaman Bukan Setakat Penambah Selera Tapi Banyak Manfaat Yang Anda Belum Tahu

“Makan nasi dengan ulam, confirm bertambah -tambah”

Haa.. sebut sahaja tentang ulam-ulaman mesti anda sudah terbayangkan hidangan makan tengahari dengan lauk pauk yang pasti menaikkan selera anda bila dicicah pula dengan sambal belacan atau budu. Umpph! Tapi ia bukan setakat penambah selera malah ulam-ulaman ini sebenarnya mengandungi seribu satu khasiat yang anda tidak tahu.

Sudah menjadi kebiasaan sejak dahulu lagi masyarakat Melayu  sering menjadikan ulam sebagai ‘ubat’  untuk memastikan tubuh badan mereka sihat dan mengurangkan risiko penyakit. Jadi nak tahu apa khasiatnya, jom lihat senarai ulam-ulaman yang anda boleh amalkan.

Related image

Sumber: buletin

Daun Pegaga

Bukan hanya dijadikan sebagai ulam, malah daun pegaga ini juga dijadikan sebagai minuman herba atau jamu. Apa yang menariknya bagi masyarakat India mereka menjadikan daun pegaga sebagai minuman ketika musim panas yang dipanggil ‘thandayyee’. Kelebihan mengamalkan adalah amat baik untuk mengawal tekanan darah dan membantu wanita untuk mengekalkan awet muda.

Image result for petai

Sumber: sinarharian

Petai

Tak makan petai takut kencing berbau? Haa, ramai sebenarnya yang masih tidak tahu tentang kandungan nutrien yang ada dalam petai iaitu kalsium, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C. Petai juga bertindak untuk merawat penyakit jantung dan kencing manis. Bagi yang mengalami masalah kulit, petai juga membantu kerana bijinya mengandungi agen antioksida yang baik untuk kulit.

Daun Selom

Untuk yang sering mengalami demam, selsema anda boleh cuba mengamalkan air rebusannya. Buah selom dijadikan perangsang buang air dan membantu mengeluarkan angin dalam perut dan usus.

Daun Kaduk

Dijadikan bahan penaik rasa bagi makanan seperti udang kering, telur, ikan dan daging. Ini kerana daun kaduk mempunyai sedikit aroma herba dan rasa yang berlada dan sedikit pahit. Selain dari dibuat ulam bersama sambal belacan, daun kaduk juga dijadukan bahan dalam nasi ulam, pucuk tempoyak, laksa dan otak-otak Penang.

 

 

 

Haa bagi yang tak reti makan tu, boleh la belajar-belajar ye sebab banyak manfaatnya! Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link disini:

Alamak Mulut Berbau! Ikut Langkah Ini Untuk Hilangkannya

 

 

 

 

 

Sumber: norcikgu

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna