Ucapan Seorang Anak Untuk Orang Tuanya Yang Buta Undang Sebak Netizen

Setiap kali hari ulang tahun kita, pasti rakan-rakan rapat atau pasangan hidup kita akan berusaha meraikan. Ada yang buat kejutan dan ada yang melayan diri kita special dari hari biasa. Misalnya, dibelanja makan, membelikan kek atau diberi hadiah.

Tapi, berbeza dengan sebuah video yang tular di media sosial apabila tindakan seorang wanita menghantar hadiah dan ucapan sempena hari jadinya. Apa yang menarik perhatian kami lagi apabila video tersebut menunjukkan kedua orang tuanya cacat penglihatan.

Ucapan penuh…

Jom dengarkan ucapan ringkas dari anak mereka yang bekerja sebagai jururawat. Sebelum tu, sediakan tisu dulu ye. Kami yakin sesiapa yang melihat video ni pasti menangis.

Terima kasih atas pengorbanan mak abah lahirkan kakak, besarkan kakak, didik kakak…”

Tersentuh hati bukan? Cukup dengarkan bait ayat ini sudah cukup buat air mata kita bergelinangan. Video tersebut mendapat lebih 60 ribu retweets dan rata-rata netizen mendoakan kesejahteraan buat wanita tersebut.

Tak cukup dengan itu ada yang mengakui diri mereka menangis selepas melihat video tersebut kerana terkenangkan ibu bapa yang jauh di mata. Lebih-lebih lagi ada yang terpisah lama disebabkan musim PKPB dan PKPP ini.

Sesiapa yang masih mempunyai kedua orang tua, hargailah sementara mereka masih ada. Mak ayah, i love you!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Sekolah Warga Asing Dah Mula Beroperasi?

“Teman Isteri Bersalin Bergantung Pada Hospital,” – Dr Noor Hisham

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna