Ucap Selamat Hari Natal Di Instagram, Rozita Che Wan Kena ‘Sound’

Semalam, pelakon jelita Rozita Che Wan, dia telah memuat naik beberapa keping gambar bersama keluarganya di sekitar Pavilion dengan memakai pakaian bertemakan krismas iaitu merah, putih dan hitam.

Apa yang menarik perhatian netizan adalah, puterinya Aaishah Dhia Rana disarungkan dengan kostum lengkap santa versi kanak-kanak dan bergambar dalam kemeriahan sambutan perayaan Krismas. Comel sangat!

Sumber: Instagram Rozita Che Wan

Seperti biasa, bila nama sudah dikenali ramai, apa yang kita lakukan semuanya akan menjadi perhatian netizen. Lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan isu sensitif seperti bangsa, agama dan budaya.

Begitulah yang terjadi pada pelakon berusia 40 tahun ini apabila netizen menjadikan isu berkaitan kapsyennya yang berbunyi “Selamat menyambut hari natal kepada yang menyambutnya dan selamat bercuti” pada salah satu entrinya.

Komen netizen yang membanjiri ruangan posting tersebut dengan menegur Rozita di mana umat Islam tidak boleh mengucapkan selamat menyambut hari natal.

Tidak berdiam diri, Che Ta membalas komen tersebut seperti di bawah ini:

Apa pun, Donna tidak menyebelahi sesiapa. Tapi Donna nak kongsi sedikit penerangan daripada seorang yang lebih arif tentang hukum haram berkaitan agama :

Sumber: twitter

Janganlah cepat menunding jari sebelum mengetahui hukum yang sahih. Mungkin ada ulama mengatakan tidak boleh kerana takut bila mengucapkan, terus terniat dan menyambutnya. Be positive okay dan selamat beramal!

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna