Tupai Seksi Berpayu Dara Besar Jadi Tumpuan

Tidak pasti samada tupai yang ditemui berbuah dada itu normal atau mempunyai ketumbuhan di dadanya.”

Seorang pengguna laman sosial di Jepun telah berkongsi foto seekor tupai seksi dan menjadi viral. Kemunculan seekor tupai itu berjaya mencuri perhatiannya kerana tubuh haiwan tersebut dilihat mempunyai payudara seperti wanita. Foto haiwan itu telah dirakam di Zoo Inokashira, Tokyo.

Sumber Foto: DailymailUK

 

Gambar haiwan itu dikongsi lebih 45,000 pemilik akaun Twitter yang menganggapnya unik serta melucukan. Netizen Jepun itu menggunakan nama akaun boblim1204 yang turut berkongsi gambar itu, menarik ribuan respons daripada netizen lain yang juga peminat tupai yang menyifatkannya haiwan tersebut seksi. Tidak pasti samada tupai yang ditemui berbuah dada itu normal atau mempunyai ketumbuhan di dadanya.

Sumber Foto: soranews24

 

Ada yang mengatakan bahawa boblim1204 berjaya menemui Clarice sebenar iaitu watak kekasih dalam rancangan Disney, Chip and Dale.

Sumber Foto: soranews24

Lokasi tupai seksi itu dijumpai memang terkenal dengan taman tupai, malah haiwan itu turut dijadikan maskot. Ia menempatkan pelbagai spesies yang ada di Jepun termasuk burung, rakun, monyet serta tupai asli. Tupai Jepun adalah spesies terancam dan dikatakan hampir pupus di pulau Kyushu. Populasi haiwan itu semakin hilang akibat daripada aktiviti perhutanan oleh manusia.

 

 

Sumber: dailymailUK

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna