Tun M Mengaku Kuat Merajuk Dan Kongsi Rahsia Bahagia Bersama Isteri

Hampir 60 tahun hidup bersama sebagai pasangan suami isteri, agak-agaknya apa rahsia pemimpin kesayangan rakyat Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Tun Siti Hasmah kekal bahagia ye? Beliau yang kini sudah berusia 94 tahun dilihat masih berkasih sayang dan bermanja-manja bersama isterinya.

Berlainan dengan apa yang terjadi dengan pasangan-pasangan muda masa kini yang menjadikan perkahwinan ibarat permainan bila wujudnya kes-kes cerai hanya kerana tidak suka suami tidur berdengkur, si suami tidak suka isteri yang tidak lagi cantik selepas melahirkan anaknya. Tidak semuanya indah dalam perkahwinan, namun anda mampu menjadikan setiap cela itu indah jika anda mahu.

Mungkin ramai yang tertanya bagaimana Tun Dr Siti Hasmah tabah menjalani kehidupan sebagai isteri kepada Perdana Menteri? Seperti yang anda tahu bukan mudah jika anda mempunyai seorang suami ahli politik serta memikul tanggungjawab besar bagi menjaga kemakmuran dan kesejahteraan negara. Namun perkara tersebut tidak pernah menjadi halangan buat mereka untuk saling bermesra dan mengekalkan hubungan rumah tangga seperti orang lain.

Dengar cerita juga, baru-baru ni team Geng Pagi Hot berpeluang untuk berjumpa dengan Tun M untuk temubual eksklusif. Ha, nampak gemuruh betul muka Shuib, Shuk dan Fizi hiks! Apa yang lagi menarik Shuk berkesempatan untuk menanyakan soalan tentang siapa yang lagi kuat merajuk sama ada beliau atau Siti Hasmah. Ini jawapan hebat dari Tun M!

Saya Mesti Bersedia Tunggu Dia

” Kuat merajuk? I think saya..

“Saya berlainan daripada isteri saya, wanita tidak memberi penghargaan kepada masa, selalunya lambat sebab saya ni selalu nak on time. Saya tak suka lambat kemana-mana, jadi bila saya dah siap dia tidak siap lagi saya rasa kecewa. Perkara tu memang tak boleh betulkan tapi saya terima. Saya terima hakikat bahawa dia akan lambat daripada saya dan saya mesti bersedia tunggu dia”

Image result for tun m siti hasmah

Sumber: business

Alahai sweetnya! Nampak tak Tun M terima kekurangan Siti Hasmah kerana tabiatnya yang sering siap lambat, haa macam nilah baru kita panggi husband material, setiap wanita mesti idam-idamkan kerana memahami wanita. Beliau bukan bermesra dengan isteri sahaja, tapi Tun M juga sangat rapat dengan cucu-cucunya. Bak kata Tun M, cucu ni kena tunjuk sayang lebih daripada anak-anak sendiri, iyalah mereka masih kecil.

Apa-apa pun Donna memang suka sangat tengok Tun M dan Tun Siti Hasmah bersama, dengan harapan mereka sentiasa diberi kesihatan yang baik dan kebahagian berpanjangan.

Ikuti video penuh temubual eksklusif di bawah ini:

 

 

 

 

Untuk artikel yang lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Senggugut Kronik Boleh Menyebabkan Lendir Busuk Jika Tidak Dirawat

 

 

 

 

Sumber: youtube Hottv

Sumber Foto: Wanista

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna