Tumit Kaki Sakit Tanda Awal Rahim Bermasalah

Sebab itu kaum wanita sejak dari dulu sering mendapat nasihat daripada ibu serta nenek moyang agar menjaga organ peranakan ini dengan baik. Ia untuk mengelakkan bahagian yang menjadi lambang kewanitaan ini ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi untuk melahirkan zuriat.”

Rahim diciptakan khas untuk wanita dan merupakan fungsi paling penting untuk menempatkan zuriat. Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi. Sebab itu kaum wanita sejak dari dulu sering mendapat nasihat daripada ibu serta nenek moyang agar menjaga organ peranakan ini dengan baik. Malah bermacam-macam petua diperturunkan untuk tujuan itu. Ia untuk mengelakkan bahagian yang menjadi lambang kewanitaan ini ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi untuk melahirkan anak.

Hari ini pasti anda ada mendengar semakin ramai wanita berdepan dengan masalah berkaitan dengan rahim. Gejala yang sering dialami wanita ialah senggugut teruk, perdarahan banyak atau ketumbuhan. Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga seperti ibu, nenek, ibu saudara adik beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, mungkin menyumbang 10 peratus kepada faktor-faktor penyebab. Penjagaan rahim seharusnya sudah diberi penekanan sejak dari kecil lagi. Didik anak perempuan untuk sentiasa menjaga kebersihan alat kelamin dan fungsi sebenar rahim.

Sumber Foto:  123rf.com

 

Wanita dinasihatkan berjumpa dengan doktor sekiranya terdapat tanda-tanda mencurigakan seperti terjadinya keputihan yang berbau, kesakitan pada bahagian bawah perut atau ketumbuhan yang boleh dirasai pada bahagian bawah perut. Kerap membuang air kecil juga adalah tanda rahim anda bermasalah. Ini mungkin disebabkan oleh ketumbuhan pada rahim yang telah bertindak menekan pundi-pundi kencing tersebut.

 

PENGARUH HORMON TERHADAP RAHIM WANITA

Sumber Foto:  123rf.com

Rahim dipengaruhi dengan dua hormon wanita iaitu estrogen dan progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot manakala progesterone meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel-sel otot Rahim. Kedua-dua hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim. Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan wanita serta ciri-ciri kewanitaan dan kecantikan. Tapi bila berlebihan dan tak seimbang estrogen boleh menimbulkan bermacam-macam penyakit dan gangguan seperti:

 

  • Ketumbuhan fibroid

Sumber Foto: aevitasfertilityclinic.co.za

 

  • Adenomyosis dan kanser rahim

Sumber Foto: sir.net.au

 

  • Kanser Rahim & Ovari

Sumber Foto: ovarian.org

  • Perdarahan rahim
  • Mandul dan sukar hamil
  • Ketumbuhan adenoma dan kanser payudara

 

TANDA AWAL RAHIM ANDA ADA ‘SOMETHING’

Cuba semak ini, jika rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan diri anda, dapatkan rawatan dengan segera ya!

  • Tumit sering sakit berdenyut dan mencucuk secara tiba-tiba. Rasa ini lebih kerap bila banyak berjalan, berdiri atau angkat benda berat serta beban pada perut.
  • Rasa sengal dan bisa pada urat pada tapak kaki.
  • Rasa kejang dan mencucuk sekitar tapak kaki.
  • Sering sakit di sekeliling pinggang hingga ke punggung dan ke atas urat belikat. Sakit pinggang ini lebih kurang seperti lenguh dan rasa senggugut tapi ia berlaku di luar waktu datang bulan.
  • Bahagian bawah perut hingga ke pangkal peha terasa sengal dan lenguh, kadangkala hingga merebak ke lutut.
  • Mudah terkencing bila bersin, batuk atau ketawa. Mudah juga dijangkiti dengan penyakit kencing kotor serta rasa ngilu sakit ketika buang air kecil.
  • Sakit ketika bersama dengan suami. Walaupun dilakukan dalam keadaan yang perlahan.
  • Sering mengalami kentut vagina.
  • Badan berangin dan sering kembung perut.
  • Vagina berair dan berbau.
  • Berlaku keputihan luar biasa.

 

 

Khas untuk anda yang baru pertama kali menjadi ibu, jom klik sini!

 

Sumber: myhealth.gov.my

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna