Sanggup Kejar Lori Milo Sebab Menantu Mengidam, Akhirnya…

Beberapa hari lalu sebuah video tular di media sosial apabila menunjukkan momen ibu dan bapa seorang pengguna Twitter sanggup mengejar lori malt bercoklat itu semata-mata untuk memenuhi keinginan menantu mereka yang mengidamkan secawan air minuman itu. Video tersebut telah mendapat lebih 40 ribu retweet.

Penerangan dari Azmer

Bagaimanapun Muhammad Azmer Mohd Badrul Merzam atau lebih mesra disapa Azmer, telah menerangkan situasi  sebenar isterinya, Natasya menerusi tweetnya dan turut meminta orang ramai mendoakan segalanya dipermudahkan.

Surprise!

Apa yang mengejutkan kami apabila, syarikat malt bercoklat itu telah membuat kejutan kepada wanita hamil tersebut dan difahamkan momen manis itu dikongsi bersama anak-anak yatim Taman Pengasih. Malah, pihak mereka turut mendoakan segala urusan pasangan ini dipermudahkan.

Reaksi Natasya ketika impiannya tercapai

Untungnya Natasya dapat ibu bapa mertua yang sanggup kejar lori sampai pihak mereka sanggup datang ke rumah buat kejutan. Apa pun, dengan berkongsi rezeki dengan anak yatim, harap bayi dalam kandungan sihat dan jadi anak soleh atau solehah bila selamat dilahirkan nanti.

 

 

 

 

Sumber: twitter Azmer

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna