Tular! Angka Jangkitan Meningkat, Netizen Desak Kerajaan Isytihar ‘Lockdown’

Angka jangkitan COVID-19 meningkat mendadak semalam dengan 190 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan koronavirus di Malaysia mencecah 428 orang. Kebanyakan kes-kes baharu yang muncul ada kaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.

Angka tersebut mengejutkan ramai orang. Sejak jam 7 petang semalam, tanda pagar #LockDownMalaysia telah menjadi tular di laman sosial. Ini kerana, langkah lockdown ternyata berkesan seperti yang dilakukan China dalam membendung penyebaran Koronavirus.

Pada 23 Januari, pemerintah China telah mengishtiharkan darurat dan beberapa bandar di Wuhan dan 15 bandar lain di wilayah Hubei telah ditutup. Kira-kira 56 juta penduduk terkesan dengan arahan itu. Walaupun begitu, inisiatif itu ternyata berjaya ‘mengawal’ penyebaran penularan COVID-19.

Pelbagai respon diberikan netizen berikutan cadangan untuk mengishtihar #LockDownMalaysia secepat mungkin. Ada yang menganggap arahan demikian perlu dikeluarkan bagi membendung orang ramai mengunjungi tempat awam seperti pusat beli belah atau menghadiri mana-mana perjumpaan. Bukan itu sahaja, ramai juga yang berpendapat itu adalah cara paling berkesan untuk membendung penyebaran wabak.

Namun, ada yang menganggap arahan tersebut hanyalah sekadar alasan untuk malas bekerja. Bukan itu sahaja, ekonomi kita akan terjejas teruk sekiranya berlaku lockdown dan ramai lagi orang akan kehilangan pekerjaan.

Walaupun kerajaan belum memberikan apa-apa respon mengenai lockdown, namun sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, langkah pencegahan wajib dilakukan. Elakkan diri daripada pergi ke tempat awam atau menghadiri apa-apa perjumpaan melebihi 50 orang. Rajin-rajinkanlah diri untuk mencuci tangan mengunakan sabun, bawa hand sanitizer ke mana sahaja dan pakai face mask jika berada di lokasi awam.

Semoga kita semua dilindungi dan berharap kerajaan dapat memikirkan jalan terbaik untuk mencegah virus ini.

 

Baca juga:

COVID-19: Berbaloikah Perjudikan Nyawa Sendiri Beli Tiket Flight Murah Ke Luar Negara?

Penting! Benarkah Hubungan Seks Boleh Sebarkan COVID-19?

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna