Tudung Yang Sesuai Untuk Si Muka Bulat & Lebar

Biasalah apabila bertubuh besar ramai yang kurang keyakinan diri lagi-lagi bab berpakaian dan berfesyen.”

Walaupun dunia fesyen hari ini sudah sedia menerima individu yang berbadan besar, tetapi hakikatnya masih ramai yang mengecam jika salah berpakaian. Katanya tidak sedar diri, walaupun individu itu sendiri selesa dan yakin dengan apa yang digayakan. Begitu juga dengan wanita bertudung. Bagi yang berwajah bulat atau tembam selalu berasa rendah diri dan merasakan mereka tidak layak menggayakan tudung mengikut fesyen hari ini. Setiap hari rutin mereka akan mengayakan cara olahan tudung dan fesyen yang sama sahaja dek kerana takut tersalah tudung atau lilitan. Mana tidaknya takut kelihatan lebih chubby berbanding biasa. Jika anda tersenarai dalam wanita kategori ini pasti bingung tentang potongan atau rekaan tudung yang mana sesuai dan tepat untuk digayakan dengan betuk wajah yang dimiliki kan? Jangan risau, anda masih boleh tampil anggun walaupun berwajah gemuk. Gunakan beberapa ‘trik’ ini.

Sumber Foto: Google Image

  • Anak tudung atau inner mempunyai pelbagai jenis rekaan. Jangan disebabkan cantik pada patung atau model yang mengayakan anda terus rasa sesuai dengan anda juga. Minta sample dan cuba terlebih dahulu. Anda yang memiliki wajah bulat perhatikan ukuran anak tudung tersebut. Jangan sampai anak tudung tersebut kecil saiznya, sehingga menekan pipi anda. Secara tidak langsung ia membuatkan pipi anda kelihatan semakin besar. Untuk wajah bulat dan pipi ‘terkeluar’, dicadangkan memilih inner neck yang menutupi dagu dan lelemak di tepi wajah. Ia akan memberikan kesan wajah yang lebih lonjong dan dapat menyembunyikan pipi.

Sumber Foto: malaysia.com

  • Anda disarankan memilih rekaan tudung yang boleh memberikan kesan wajah yang nampak tirus. Untuk menyembunyikan kesan chubby, lipat tudung di kawasan hampir dengan pipi. Pilihlah material tudung yang ‘jatuh’ sehingga memberikan efek wajah tirus.

via GIPHY

  • Elak daripada memakai tudung berlapis. Tudung yang berlapis akan menambah volume pada wajah anda sehingga wajah anda akan kelihatan semakin bulat dan pendek.
  • Anda tidak disyorkan memakai pashmina yang tebal. Sebaiknya, pilih pashmina atau tudung daripada material nipis, agar bahagian muka tidak menonjol besar dan lebar.
  • Jangan menambah aksesori di bawah telinga kerana ia akan membuatkan wajah anda kelihatan semakin lebar. Elakkan memakai aksesori atau kerongsang yang terlalu besar. Ia sama seperti hukum ilusi fesyen yang lain, jika anda berbadan besar, jangan memilih corak yang besar kerana akan memperlihatkan tubuh anda semakin besar.

via GIPHY

  • Untuk memberikan kesan tirus lagi, anda disarankan memakai tudung dengan warna polos gelap. Tudung yang bermotif atau bercorak akan menampakkan lagi wajah tembam itu, jadi jangan pakai ya! Walau bagaimanapun tidak salah sekiranya ingin menggunakan warna terang atau ceria tapi pastikan corak yang dicetak atas tudung bukan bersaiz besar.

 

Sumber: blog.my-baju caramudah.com.my 

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna