Tubuh Perlukan ‘Extra’ Protein? Ini Senarai Sayuran Yang Boleh Amalkan

Badan cik perlukan protein, nanti setiap hari pastikan ambil makan makanan yang berprotein ye?”

Maklumlah bila umur semakin meningkatkan tisu-tisu badan dan sendi semakin nipis jadi memerlukan makanan berprotein untuk memulihkan semula tisu yang rosak. Selepas mendengarkan nasihat dari doktor untuk mengambil makanan yang mempunyai kandungan protein yang tinggi, kepala kita ligat berfikir apa senarai makanan yang berprotein?

Oh! Telur, dada ayam, ikan salmon, ikan tuna, udang,kacang soya, kacang almond dan banyak lagi. Tapi, dalam hidangan kita mesti ada menu sampingan seperti sayur-sayuran kan? Ha, alang-alang tu apa salahnya hidangkan sekali sayuran berprotein. Lagi cepat baik, betul tak?

via GIPHY

Antara senarai makanan yang mempunyai zat protein yang tinggi adalah..

Jagung

Jagung yang mengandungi serat, vitamin, mineral dan antioksidan yang tinggi sehingga sangat bermanfaat bagi kesihatan tubuh manusia. Jumlah protein dalam jagung adalah lebih kurag 3.4 gram. Kalau menu jagung, apa kata hidangkan bersama salad.

Sumber: unsplash

Kentang

Kita semua tahu bahawa kentang boleh menggantikan nasi dalam makanan seharian kita tapi ia juga mampu memberi protein dalam badan kita. Menu untuk kentang, anda boleh buat sambal kentang tempe memandangkan tempe juga mengandung protein cuma kuantiti gizi yang sedikit.

Brokoli

Mungkin tak ramai yang selalu masak sayuran brokoli tapi sebenarnya brokoli adalah antara sayuran yang mengandungi kandungan protein yang tinggi. Ala, masak je tumis brokoli bersama hirisan lobak merah. Pasti selera naik melihat hidangan berwarna-warni.

Sumber: unsplash

Sebenarnya ada banyak lagi makanan yang berprotein. Asalkan makanan tersebut bahan yang digunakan tidak menyebabkan gizi dalam sesuatu makanan hilang. Misalnya, penggunaan minyak yang banyak dalam masakan. Ia akan menjejaskan gizi makanan tersebut.

Ingatlah, apa yang kita makan hari ini adalah kita pada masa akan datang. Jaga makanan, kekal sihat.

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

 Boleh Ke Makan Kentang Yang Sudah Bertunas? ,

Macam Mana Nak Masak Labu Zucchini Ni?

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: ilmupegentahuanumum ,

 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna