Tua Atau Muda, 3 ‘Pattern’ Tidur Ini Dapat Bantu Tingkatkan Kualiti Tidur Anda

Dulu masa kecik-kecik tak nak tidur, dah besar nak tidur 24 jam pula,”

Pada peringkat umur 30-an ni, bila membincangkan topik tidur pasti teringat zaman kanak-kanak dulu. Rutin mak-mak kita yang selalu suruh anak mereka masuk tidur tapi kita bersungguh enggan sehingga ada yang menangis-nangis sebab enggan tidur, alahai! 

Bila dah meningkat dewasa ni, tidur lah satu nikmat dunia yang kita paling hargai tapi itulah, susah nak dapat waktu tidur yang betul-betul cukup. Kadang-kala tu, tidur 8 jam pun macam 8 minit. Tak cukup! Tak tahu kenapa, aduhai! Macam mana nak buat ni?

Sumber: unsplash

Macam biasa, kami ada jalan penyelesaiannya! Sekarang ni jangan serabut-serabut dah fikirkan soal kekurangan waktu tidur. Hanya memastikan rutin jadual waktu tidur anda dengan konsisten je.

Tip kami kongsikan ini penerangan daripada seorang Pakar daripada Johns Hopkins Center bahagian Tidur, Dr. Sara Benjamin. Katanya, pattern perkongsian tidur ini akan bantu meningkatkan kualiti waktu tidur sekaligus badan anda berasa rehat secukupnya.

Konsisten

Jadual tidur anda akan mempengaruhi dua faktor iaitu bila anda terjaga dan perkara yang anda lakukan sebelum tidur. Menurut Dr. Benjamin, jika anda mengalami masalah waktu tidur sepanjang minggu tersebut, cuba elakkan untuk top-up tidur sepanjang hari waktu hari minggu. Ia akan menganggu waktu anda pada hari biasa. Sebaiknya, tidur biar untuk buang mengantuk saja.

via GIPHY

“Tip lain lagi, jika pada hari isnin sampai jumaat anda sering bangun jam 5.30 pagi untuk ke tempat kerja, jadi pada hari minggu, cuba elakkan dari bangun tidur pada tengah hari tapi jam 7.30 pagi. Maknanya, biasakan badan dan mata anda untuk bangun awal pagi. Selain tu, sebelum tidur elakkan dari pencahayaan skrin dan pembacaan yang serius jadi gunakan sebaik mungkin untuk berehat.”

Baca jadual tidur anda

Untuk pengetahuan anda, apabila otak dah merangsang badan dan mata untuk tidur secara automatik waktu tu anda mula merasa menguap dan rasa mengantuk.

“Sebaiknya, bila dah rasa mengantuk, terus masuk tidur dan cuba baca waktu anda terjaga pada setiap hari. Kalau tak sama, cuba set alam jam. Lama-kelamaan anda akan terjaga sendiri dari tidur pada waktu yang sama. Kalau dah konsisten setiap hari terjaga pada waktu yang sama, maknanya anda tak perlukan alam untuk kejutkan anda,”

Sumber: unsplash

Bergerak ke katil

Kebanyakakn pesakit yang mengalami masalah waktu tidur adalah mereka yang berjaga waktu malam dan sukar untuk bangun pada waktu pagi. Menurut Dr. Benjamin, sebolehnya tidur dalam keadaan pencahayaan lampu yang malap. Tidak terlalu gelap dan tidak terlalu terang kerana faktor pencahayaan juga memain peranan yang besar dalam mendapatkan kualiti tidur yang maksimum.

“Kalau nak sangat membuat sesuatu sebelum tidur, pastikan dalam keadaan betul dan selesa. Misalnya jika baca buku, jadi buka lampu bacaan saja. Jika tidak dengar buku audio atau mendengar lagu kegemaran anda sehingga ketiduran. Selain itu, sebelum nak tidur pastikan bergerak ke katil 15-30 minit sebelum melelapkan mata.

via GIPHY

Semoga perkongsian ini member manfaat untuk anda.

Untuk bacaan yang lebih menarik,  anda boleh klik senarai artikel berikut:

Posisi Tidur Terlentang Sebabkan Risiko Dua Kali Ganda Bayi Meninggal Dalam Kandungan? ,

 Wanita Wajib Ada Sehelai Baju Tidur Menggiurkan. Ada Lebih Lagi Bagus!

 

 

 

Sumber: marthastewart

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna