“Tu Pelampung Titanic Ke Baju Raya?” Lain Ditempah, Lain Yang Sampai

Walaupun hari lebaran tahun ini disambut dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, namun tak bermakna kita tak boleh nak melaram di hari raya. Sebab itulah sejak minggu pertama puasa, website yang menjual baju raya telah diserbu oleh kaum hawa bagi mendapatkan gambar Instagram OOTD paling cun di pagi lebaran.

Tapi lain pula kesnya bila lain yang ditempah, lain pula baju yang sampai. Itulah tragedi beberapa hari lagi nak raya yang terpaksa dilalui oleh wanita dalam video yang dikongsikan oleh @AfifahRafie di Twitter.

Kalau tengok yang ada dalam gambar, cantik betul model itu pakai. Tapi bila dah sampai, kembung macam sut angkasawan pula. Pembeli baju dari butik terkenal tempatan ini pun mengadu yang jahitan pun tak kemas. Tidak berpatutan dengan harga bagi yang ratusan ringgit.

Tweet berkenaan mengundang pelbagai respon daripada netizen. Ada yang cakap baju itu sangat tak sesuai dan macam pelampung. Ada juga yang berkata, biasanya baju dalam gambar memang cantik. Tapi kenyataannya, hampeh!

Sedih betul bila kita dah beriya kumpul duit nak beli baju cantik-cantik tapi hasilnya macam ini. Tak tahulah mana yang silap. Mungkin juga design tahun ini bertemakan kain ala-ala helium kot. Siapa tahu?

Semoga adik ini dapatlah refund ataupun terpaksalah betulkan sendiri rekaan dan jahitan butik yang tak kemas itu sebelum raya. Kalau anda berada dalam situasi ini, agak-agaknya apa yang anda akan buat ya?

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna