Trik Solekan Paling Asas Semua Wanita Perlu Tahu

Ada beberapa kategori wanita yang boleh dikaitkan dengan dunia solekan wajah.”

Pertama adalah individu yang memang hebat bersolek sendiri dan gemar mengenakan solekan. Kedua adalah wanita yang tahu cara solekan tetapi tidak gemar bersolek dan akhir sekali wanita yang tidak tahu langsung perihal solekan.

Sumber Foto: pexels.com

Bersolek adalah hak individu. Ada yang mengatakan diri tidak perlu disolek untuk tampak semulajadi atau hidup tidak dalam kepura-puraan. Janganlah begitu ya! Bersolek bukan bermaksud untuk menjadikan anda sebagai  tarikan kepada orang lain. Ia cukup sekadar untuk memberi anda sedikit kesegaran atau kelihatan bermaya dalam situasi tertentu. Ini ada beberapa perkara asas yang perlu semua wanita tahu untuk solekan paling minima.

 

Bedak Asas

Sumber Foto: pexels.com

via GIPHY

Sebelum sapukan bedak asas, pastikan wajah mendapat khasiat dan kelembapan yang sepatutnya dengan menggunakan serum. Ataupun sebelum bersolek pastikan anda telah mencuci muka sebersih-bersihnya. Lap muka dengan perlahan menggunakan tuala khas. dan mula sapu atau ratakan bedak asas. Cukup sekadar sapuan yang tipis agak nampak semulajadi dan tidak over!

 

Gincu

Sumber Foto: pexels.com

via GIPHY

Pastikan dalam simpanan anda terdapat dua jenis gincu yang berlainan. Satu gincu untuk kegunaan siang hari dan satu lagi untuk malam hari. Warna merah cili, merah plum dan beri sesuai untuk solekan pada waktu siang, manakala olesan gincu berona gelap sesuai untuk solekan yang lebih bold pada waktu malam. Jika anda tidak suka menyerlah, gunakan sahaja gincu berwarna bumi atau natural.

 

Pemerah Pipi

Sumber Foto: pexels.com

via GIPHY

Pemerah pipi adalah sebagai langkah selamat untuk anda nampak lebih segar. Pilih rona yang bersesuaian dengan warna kulit wajah anda.

 

Celak & Eyes Liner

Sumber Foto: pexels.com

Eyes liner membantu untuk mengurangkan masalah kelesuan yang ditonjolkan pada mata. Belajar untuk menggunakannya mengikut garis yang menjadi kegeramaran anda. Cukup sekadar hasilkan rupa yang ringkas. Jangan lupa untuk kenakan serum jika kulit disekitar mata tidak kelihatan segar daripada biasa.

via GIPHY

 

 

Sumber: herinspirasi

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna