Wow! Putihkan Baju Guna ‘Ubat Sakit Kepala’ Je

Ramai elak memakai pakaian putih kerana risau kesan peluh kuning yang sering muncul atau mungkin akan mudah mengotorkan baju. Jangan risau dah, anda boleh terus memakai pakaian berwarna putih dengan adanya pembantu tambahan ini.”

Melakukan aktiviti mencuci atau mendobi pakaian merupakan salah satu kerja rumah dan rutin yang paling membosankan ramai orang. Walaupun pelbagai mesin canggih dicipta, ia tetap susah  mengubah tanggapan orang ramai menjadikan aktiviti ini sesuatu yang menyeronokkan. Banyak masa perlu dihabiskan, sebab itu ada setengah orang yang ingin menyenangkan diri sendiri terus hantar pakaian mereka ke pusat dobi baju berbayar berdekatan untuk menyempurnakan rutin harian tersebut. Untuk tip dan trik membasuh pakaian lebih menggembirakan anda, boleh cuba cara ini.

JANGAN BIARKAN PAKAIAN TERLAMPAU KERING

  • Pakaian yang terlampau kering akan menyukarkan tugas menggosok anda. Anda mungkin perlukan lebih banyak masa untuk aktiviti ini atau sedikit bantuan percikan air.

 

SYAMPU BAYI BANTU PULIHKAN PAKAIAN KECUT

Sumber Foto: 123rf.com

  • Tahukah anda syampu bayi boleh mengembalikan pakaian anda kepada saiz asalnya jika kecut. Hanya tambah sedikit ke dalam bekas dengan air suam dan biarkan pakaian rendam selama 10-15 minit. Kemudian, keringkan dengan tuala dan letakkan secara mendatar untuk membiarkannya kering sepenuhnya. Sifat syampu bayi itu akan meratakan serat dan mengembalikannya ke saiz asalnya.

 

KATAKAN TIDAK KEPADA PELEMBUT UNTUK PAKAIAN PUTIH

Sumber Foto: google image

  • Anda tidak disyorkan menggunakan pelembut pakaian ke pakaian warna putih. Pelembut pakaian selalunya dicampurkan dengan sedikit pewarna walaupun kandungannya kelihatan berwarna putih likat. Matlamat untuk membersihakan pakaian putih adalah menjadikannya tetap berwarna putih. Oleh itu guna peluntur khas untuk cucian lebih cemerlang.

 

ASING PAKAIAN MENGIKUT JENIS FABRIK

Sumber Foto: google image

  • Seperti kebiasaannya, kita akan mengasingkan pakaian berwarna dan pakaian putih sebelum di basuh. Namun, anda perlu buat sedikit kerja lain, iaitu asingkan pakaian mengikut jenis fabrik pula. Tahukah anda, sabun pencuci baju boleh menyebabkan setengah fabrik pakaian rosak jika tidak mengikut sukatan yang betul. Ia mungkin nampak tebal tapi kadangkala punya serat fabrik yang nipis dan senang rosak jika menggunakan lebih detergen.

KRIM PENCUKUR HILANGKAN KOTORAN ALAT SOLEK

  • Kadang-kala agak mustahil untuk menghilangkan kotoran akibat kesan solekan seperti foundation, maskaara, lipstik di pakaian. Cuba oleskan sedikit krim pencukur pada kesan noda tersebut, kemudian basuh dengan sabun seperti biasa. Anda pasti tersenyum melihat kotoran tersebut telah hilang.

GUNAKAN AIR SEJUK UNTUK MENCUCI STOKIN KOTOR

Sumber Foto: 123rf.com

  • Anda disarankan tidak mencuci stokin kotor menggunakan air panas kerana kebanyakan kotoran (seperti peluh) adalah berasaskan protein. Jika anda menggunakan suhu yang sangat panas ke atas kotoran itu, ia akan sentiasa melekat di stokin anda. Sebab itu, tidak kira apa yang difikirkan oleh kebanyakan orang, cara terbaik mencuci stokin adalah menggunakan air sejuk.

HAPUSKAN KOTORAN DEGIL DENGAN PENGERING RAMBUT

  • Untuk menghilangkan kotoran lama seperti rumput, tanah, atau jus, anda boleh cuba gunakan pengering rambut. Halakan pengering rambut kepada kotoran sehingga ia kelihatan ‘cair’ kemudian segera letakkan sabun pencuci pada kotoran tersebut.  Kesan pemanasan dari pengering rambut membantu bahan pencuci berfungsi lebih cekap ke atas kotoran.

GUNA TUALA KERING AGAR CUCIAN DI AMPAIAN CEPAT KERING

  • Cucian akan lebih cepat kering jika anda menggantung tuala kering di antara baris pakaian yang dibasuh dan dijemurkan di ampaian.

GUNA PEMBERSIH MULUT UNTUK MENCUCI MESIN BASUH

  • Mesin basuh perlu sentiasa dibersihkan secara berkala untuk terus berfungsi pada tahap yang sepatutnya. Terdapat detergen khas yang boleh anda beli, tetapi anda juga boleh menggunakan pembersih mulut biasa. Cara-caranya, tuang 1 penutup botol pencuci mulut dalam semangkuk air. Kemudian siram dalam mesin basuh dan cuci menggunakan berus. Kulat, kotoran dan bakteria berbahaya akan dimusnahkan.

 

DAPATKAN BEG KHAS UNTUK PAKAIAN DALAM

Sumber Foto: google image

  • Guna beg jaring khas untuk membasuh pakaian dalam dan stoking. Ini membantu menyelesaikan kes pakaian bersaiz kecil ini sering hilang atau rosak. Anda hanya perlu masukkan pakaian ini ke dalam beg tersebut dan campak sahaja dalam mesin basuh.

PIL ASPIRIN BANTU PUTIHKAN PAKAIAN

Sumber Foto: google image

  • Sesetengah orang cuba mengelakkan memakai pakaian putih kerana risau kesan peluh kuning yang sering muncul atau mungkin akan mudah mengotorkan baju. Jangan risau dah, anda boleh terus memakai pakaian berwarna putih dengan adanya pembantu tambahan ini. Caranya, letakkan beberapa pil aspirin ke dalam mesin basuh ketika mencuci pakaian putih. Hasilnya, kekotoran yang melekat pada baju tersebut akan hilang dan pakaian yang putih akan jadi lebih bersinar.

HILANGKAN BAU SELUAR JEANS

  • Kalau nak hilangkan bau seluar jeans, petuanya kena letak dalam peti ais, ini untuk membunuh kuman yang membuat seluar jean berbau. Tapi rasanya tak semua sanggup letak kain baju dalam peti ais, jadi anda boleh terbalikkan seluar jeans dulu sebelum masuk mesin basuh untuk elak cepat pudar. Pastikan guna sabun yang sedikit dan tetapkan suhu air kepada 30 darjah.

Ha..mudah sahaja kan? Tiada alasan penat basuh baju lagi lepas ni tau.

 

Sumber:  impiana cleanipedia.com

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna