‘Tricks’ Macam Mana Nak Hias Ruang Tamu Bersaiz Kecil!

Tak semua berkeinginan dan  nak beli rumah bersaiz besar. Asalkan rumah yang kita beli itu cukup nak bagi kita berteduh dan kita selesa, cukuplah. Sebenarnya saiz rumah tak penting sangat, apa yang mustahak ialah bagaimana kita nak hias rumah biar nampak wow! Bahagian rumah yang paling penting pula tentunya ruang tamu.

Ia adalah ruang yang paling ideal untuk bersantai dan juga tempat lepak kalau saudara mara datang lepak. Jadi kita kenalah bagi extra effort sikit nak bagi ruang tamu kita nampak sangat selesa.

BACA: Jom Ubah Suai Dapur Ala-Ala Orang Barat!

Jadi, kami nak kongsikan antara 5 idea yang anda boleh buat untuk ruang tamu rumah  yang sempit itu.

Pilih warna cerah

Apa kata anda pilih warna cerah yang dominan macam warna putih. Ini kerana ia akan dapat memantulkan cahaya seterusnya membuatkan ruang tamu nampak lebih besar.

Perabot

Sebenarnya perabot sangatlah memainkan peranan untuk hias ruang tamu yang bersaiz kecil. Pilihlah perabot yang ada kaki yang kecil. Sebab, model perabot seperti ini mencipta kesan terbuka dan lantai yang luas.

Dinding

Jangan biarkan dinding anda kosong sebab nanti ruangan itu akan nampak kaku. Jadi gantunglah gambar keluarga atau poster yang cantik-cantik supaya dapat memberi sebuah perasaan ‘hangat’ kepada anda.

BACA: Jom Bawa Keluarga Cuba Makanan Sedap Di Bangi Kecur Liur

Cermin

Jangan lupa cermin kecil atau cermin besar. Letakkan ia dekat posisi yang akan memantulkan cahaya untuk menciptakan ilusi luas  pada ruang.

Kurangkan barang

Kalau dah tahu ruangan kecil, jangan letak banyak sangat barang sebab ia akan menjadikan ruang tamu anda nampak makin kecil. Letak benda yang penting dan comel saja.

Jadi begitulah antara tricks untuk anda yang mempunyai ruang yang tak begitu besar. Bolehlah ubah suai kedudukan ruang tamu anda hujung minggu ini, kan?

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna