Besarnya peha aku ni, seluar lama pun dah tak muat!”
Tipulah kalau ada sesetengah daripada anda semua ni tak pernah merungut bila tengok saiz peha sendiri. Lagi-lagi yang pernah melahirkan zuriat, aduh! Bentuk dan saiz peha 100 peratus berubah!
Kadang-kala tu kita sendiri tak sanggup nak tengok peha sendiri. Hm, bila fikir balik dalam mimpi je lah nak dapatkan peha macam anak dara balik, alahai… kesian sangat bunyinya tu.
Mulai saat ni, mimpi anda tu mungkin jadi kenyataan kalau anda ikut perkongsian tip dari salah seorang pengguna twitter yang menggunakan nama samaran BabyBurnAngels.
Mesti anda fikir guna produk atau pergi spa kan? Anda silap! Jom lihat senarai alternatif berikut.
Rasanya semua perempuan kalau boleh nak dapatkan shape peha & betis yang sedap mata memandang. Try buat exercise dekat bawah ni setiap hari selama seminggu‼️
Bukan setakat boleh kecikkan peha & betis, perut pun boleh kecik jugak🤩⤵️ pic.twitter.com/ZNOEI7AuLJ
— BabyBurnAngels🧚🏻♀️ (@Detox_Glow) July 28, 2019
Skipping
Kalau liat sangat nak buat aktiviti senaman seperti di atas, anda boleh lakukan senaman lain seperti skipping kerana ia dapat menurunkan badan secara keseluruhan. Cukup 20 minit pada setiap hari dalam seminggu.
Lari anak
Rumah kalau ada tangga, gunakan sebaik mungkin. Bila anak kecil tidur atau ada masa senggang, cuba lari anak pada bahagian tangga. Kalau ada treadmill pun lagi nice! Berlari setempar je dekat treadmill.
Amalkan salah satu
Jangan paksa badan tu sampai nak buat semua senaman di atas untuk dapatkan tigh gap. Cukup buat salah satu selama seminggu. Lihat perubahan. Entah-entah bukan dapat keputusan tigh gap je tapi dapat membentuk badan jadi fit! Tak nak ke?
Untuk bacaan artikel lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel di sini: Inginkan Miss V Yang Sihat? Lakukan 2 Jenis Senaman Ini , Senaman Zumba Mampu Membuatkan Wanita Berasa Cantik Dan Menarik
Sumber: twitter