‘Trick’ Memasak Paling Sempoi Buat Mak-Mak Yang Sibuk Bekerja

Sesetengah wanita ni sifatnya memang jenis yang multitask, sambil memasak masa tu juga lah kemas rumah. Pengurusan masa ni sangat penting bukan hanya untuk kaum wanita sahaja, malah untuk para suami pun kena peka tau.

Bagaimana cara terbaik untuk jimatkan masa dalam rutin seharian tanpa menghabiskan masa lama di dapur? Haa kan bagus jika anda rancang terlebih dahulu apa yang hendak dimasak dan cara supaya anda boleh lakukan aktiviti lain.

Image result for stok memasak

Sumber: metrodaily 

Pengasingan lauk

Gunakan masa hujung minggu untuk ke pasar dan beli terus secara pukal bahan mentah yang ingin di masak untuk seminggu. Asingkan bahan mentah mengikut kuantiti yang ingin di masak dari awal agar kesegaran bahan mentah terjaga. Bekas kecil-kecil tu banyak dijual di platform online dengan harga yang sangat murah.

Sentiasa Tambah Stok Untuk Rempah & Rencah

Lebih senang jika semuanya dah tersedia tanpa harus membeli bahan masakan. Ia bukan sahaja memudahkan kerja masak anda di dapur, tetapi sekali gus mampu menyiapkan hidangan dengan cepat dan senang.

Dah petik api, masa tu lah baru perasan bawang tak ada, kiub pati ayam dah habis kan dah satu hal kena singgah ke kedai untuk beli barang-barang tersebut?

Kalau kerja di pejabat, kena work smart sama juga di dapur, betul tak?

Image result for check resepi

Sumber: day

Google Resepi Terlebih Dahulu

Before balik kerja apa kata anda google dulu siap-siap resepi apa yang nak dimasak. Bila dah sampai tak perlu la lagi nak pening-pening, ikut sahaja resepi yang sudah tersedia.

Tambahkan Stok Buah/ Sayur / Kekacang

Potong sayur-sayuran terlebih dahulu bila dah sampai masa nak masak, campak je dalam kuali. Untuk kekacang anda boleh masukkan ke dalam masakan sayur untuk menambah rasa.

Image result for ramen

Sumber: thespruce

Stok Makanan Segera

Secara umumnya makanan segera ni memang tidak elok jika dimakan selalu, tetapi jika waktu terdesak atau anda kepenatan sangat untuk masak anda boleh sediakan makanan segera dengan mudah dan cepat.

Sebenarnya, banyak lagi cara atau tip yang boleh anda lakukan mengikut keselesaan yang penting di dapur pun anda kena rancang dengan bijak agar semuanya teratur dan tidak membuang masa.

 

 

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Alamak Terlebih Masin Pula! Jangan Gelabah Guna Cara Ini Untuk Ubah Suai Masakan Anda

Rajin Masak Tapi Malas Kemas Dapur? Baca Trik Ni Untuk Penyelesaian

 

 

 

 

 

Sumber: maukerja 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna