‘Trick’ Kilatkan Skrin TV Paling Mudah

Assalamualaikum, kami datang nak berayaaa!”

Bila dengar je suara lantang beri salam nak beraya, mulalah kelam kabut kemaskan rumah. Rapikan kusyen sofa, sapu rumah, kemaskan kedudukan karpet dan bermacam lagi. Tapi, kebanyakan kita terlepas pandang bahagian barangan elektrik seperti televisyen atau remote

Ha..Pergi tengok keadaan skrin TV, remote atau speaker kat rumah tu. Berhabuk tak? Banyak cop jari tak? Berminyak tak? Berkerak tak? Mesti kotor kan? Lagi-lagi kalau ada tetamu datang beraya bawa anak kecil yang banyak ragam. Makan tak reti duduk diam, tangan tak basuh pegang-pegang skrin TV dengan remote.

via GIPHY

Aduhai… Habis cop jari merata dekat skrin tv. Pening kepala dibuatnya! Jangan risau, kali ni kami ada trick mudah untuk bersihkannya. Caranya adalah…

LED, LCD, Plasma

Tidak seperti tv tradisional sebelum ini yang boleh di lap menggunakan kain basah saja. Jenis TV ini hanya boleh di lap menggunakan kain kering tapi menggunakan kain yang dikhaskan iaitu kain microfiber.

Televisyen kotak

Jika anda masih menggunakan tv jenis ini, anda sangat beruntung kerana penjagaannya sangat mudah. Kain microfiber dibasahkan sedikit kemudian sapu je pada permukaan skrin tv. Yang penting jangan sembur terus apa-apa cecair pada skrin tv tersebut. Nanti boleh rosak.

Sumber: iluminasi

Tips kekalkan tv sentiasa bersih

  1. Jangan sesekali sembur apa-apa cecair terus ke skrin television anda kerana boleh menyebabkan kerosakkan.
  2. Jauhkan produk yang mempunyai bahan kimia seperti ammonia atau alkohol yang boleh merosakkan skrin tv.
  3. Jika tidak mempunyai kain microfibre, gunakan penyedut hampagas untuk membuang habuk yang kecil.
  4. Pastikan lap skrin tv menggunakan kain microfibre setiap minggu untuk memudahkan anda menanggalkan habuk yang melekat.

Rumit tapi kalau nak tv tahan lama, kenalah ikut penjagaan tv dengan betul dan teliti ni okay? Selamat mencuci!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: GH

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna