‘Trick’ Kalau Terserempak Dengan Seseorang Yang Kita Tak Ingat Namanya

“Aduh siapa pula nama dia ini?”

Pernah tak anda disapa oleh seseorang dengan ramah sekali namun kerana anda tidak mengingati namanya membuatkan perbualan sedikit awkward?

Terlupa nama seseorang bukanlah kerana ingatan anda teruk. Ia adalah masalah yang sangat umum yang sering terjadi kepada semua orang.

via GIPHY

Kajian yang dilakukan oleh kumpulan penyelidik di University of California menunjukkan ingatan manusia akan menjadi kuat dan lebih baik sekiranya mereka mempunyai motivasi untuk menghafal nama seseorang. Maka anda mungkin terlupa nama seseorang kerana anda  tidak tertarik untuk mengingati namanya.

BACA: Istiadat Merenjis Tepung Tawar Makin Dilupakan, Ini Bahan Tujuan Sebenarnya

Selain itu, sewaktu seseorang itu memperkenalkan dirinya saat pertama kali bertemu, fikiran anda tidak fokus kepadanya membuatkan anda sukar mengingati namanya. Kadangkala kita mengingati nama seseorang tapi terlupa bagaimana wajahnya. Begitu juga sebaliknya.

via GIPHY

Bagi menyelamatkan daripada digelar sombong, apa kata anda cuba untuk ingat beberapa perkara dalam penampilan mereka yang boleh membantu anda mengingati mereka dengan cara berbeza.

Contohnya, nama Nurul mungkin sudah biasa didengar. Maka, kamu boleh mengingatnya dengan ciri-ciri yang mungkin menonjol padanya seperti “Nurul si ratu kebaya”.

BACA:Ladies! Jangan Lupa Check Tarikh Luput Produk Make Up

Latih diri anda mengingati namanya dengan menyebutnya setelah beberapa saat.

Tapi jika anda tetap juga gagal mengingati namanya, anda boleh bayangkan situasi saat kali pertama anda bertemu dengannya.

Namun, jika anda sudah mengikuti beberapa cara di atas namun tetap juga terlupa namanya, tak mengapa! Mulakan sahaja sesi perkenalan semula. Tak ada salahnya, kan?

via GIPHY

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Merdeka.com

Tags: , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna