‘Trick’ Cairkan Hati Pasangan Bila ‘Texting’

Perasan tak bila dah lama di alam perkahwinan, rutin yang kita buat masa bercinta dulu makin berkurang atau langsung tak ada dah. Contohnya kalau bercinta dulu 24 jam asyik nak melekat je, setiap hari wajib ucap rasa kasih dan cinta, setiap hari nak kena bermanja, setiap hari juga nak kena tengok wajah pasangan tapi tidak bila sudah bergelar suami isteri.

Aduh! Kenapa macam ni? Kan lebih bagus kalau dapat kekalkan momentum kehangatan cinta dan kasih masa bercinta tu di alam perkahwinan. Bahagia selamanya! Tapi yelah, tak dapat dinafikan mendirikan rumah tangga ni tak semudah mengira 123, banyak dugaan dia tapi tak salah kalau kita berusaha untuk mengekalkannya. Siapa je nak bercerai? Betul tak?

Dalam artikel kali ini tak ada tip cliche macam sebelum ini. Zaman dah moden, gunakan medium teknologi untuk  hangatkan rasa cinta dan sayang yang makin pudar tu. Mudah je. Lagi-lagi bila nak minta sesuatu atau pertolongan daripada pasangan, trick ni berguna sangat. Antaranya…

via GIPHY

Zaman tak ada emoji dulu, simbol ni la yang selalu digunakan sebagai tanda bentuk hati. Kalau malas sangat nak text panjang-panjang buat karangan, hantar je simbol hati ni. Pasangan anda mesti tersenyum simpul.

via GIPHY

“Tiba-tiba teringat muka awak. Handsome jugak suami saya ni…”

Kalau nak tahu, lelaki ni sukakan pujian. Lagi-lagi bila wanita yang disayanginya memuji penampilan mereka. Mereka jadi sangat lemah dan cair. Boleh je kalau anda nak tambah perkataan lain macam hot atau seksi tapi itu tak cukup spesifik dan padu sebenarnya.

via GIPHY

“Tak sabar nak jumpa awak balik nanti…”

Agak-agak dalam 2 atau sejam lagi nak balik tu, text je dia macam ni. Mesti dia pun jadi tak sabar nak balik. Silap-silap dia cancel temu janji mengopi dengan kawan.

via GIPHY

“Tadi saya serabut tapi bila ingat awak. Semangat tu datang berduyun-duyun…”

Wah! Gitchew ayat manis dia. Tak apa.. Asalkan bila dia baca, dia akan senyum dan berbunga-bunga hati tu.

Peringatan kepada mereka yang baru nak praktikkan trick ni. Jangan buat hari-hari. Takut bosan. Lakukan dalam seminggu sekali atau 2 minggu sekali. Silap-silap kalau anda tak buat minggu tu, mesti suami tanya, “Awak dah jarang nak text saya kan?” ahaks!

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna