‘Trick’! Aksesori Cucian Ini Perlu Ada Untuk Memudahkan Cuci Pakaian

Semua orang pasti pernah mengalami masalah bila mencuci stokin. Masalah yang kerap berlaku adalah sepasang stokin entah hilang ke mana. Padahal basuh dan jemur disekalikan. Fuh! Boleh bawak gaduh kalau nak mencari pasangan stokin tu. Sampaikan terpaksa pakai sekali je sebab sebelah lagi hilang.

Malangnya, bukan masalah cuci stokin je, masalah lain pun ada macam takut baju putih terkena warna, tali bra terbelit, baju basah nak guna dengan segera, zip jaket kasar selepas basuh dan banyak lagilah! Kalau nak senaraikan memang banyak! Ha, jangan risau sebab Donna akan kongsi tip yang tricky!

via GIPHY

Antaranya tip yang tricky kami boleh kongsikan adalah….

Bola Pengering

Ramai yang tidak mengetahui kewujudan bola pengering ini. Bola ini digunakan ketika mengering pakaian dalam mesin pengering. Masukkan saja bola pengering bersama kain yang nak dikeringkan supaya material kain anda dalam keadaan lembut dan tidak berkedut.

Sumber: internet

Penyangkut Stokin (Sock Dock)

Rasanya, ini adalah berita baik pada mereka yang sering kehilangan sebelah stokin selepas membasuh. Hanya menggunakan penyangkut stokin yang inovatif ini dan sekelip mata dapat menyelamatkan stokin. Jadi, dah tak ada lagi isu stokin tinggal sebelah selepas mencuci, ihiks!

Sumber: octageeks

Rak Pengering

Esok nak pakai baju tu, malam ni baru nak basuh. Mana sempat nak kering! Dekat rumah pula tak ada pengering. Jangan risau sebab dengan rak pengering, bentangkan saja kain basuhan yang anda nak pakai untuk esok dan biarkan di bawah kipas atau di kawasan yang tidak terbuka supaya mudah kain basuhan tadi kering.

Sumber: createandbarrel

Lundry Net

Bila nak basuh baju dan nak jemur, mesti ada masalah tali bra terbelit-belit dengan kain yang lain, alahai payahnya! Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, apa kata anda anda beli satu atau dua beg laundry net untuk asingkan bra dan pakaian yang lain ketika membasuh dalam satu masa.

Sumber: internet

Itulah tricky aksesori yang perlu ada pada bahagian mesin basuh supaya mudah kerja pembasuhan. Semoga memberi manfaat kepada anda. Selamat mencuci!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Cara Mencuci Pakaian Ini Dengan Betul Selepas Memakainya

Jangan Tahu Pakai Je! Jom Baca Makna Simbol Pada Label Pakaian

 

 

 

 

 

Sumber: GH

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna