Trending Macam Artis Kpop, Ini Sebab Kenapa Teme Abdullah Dikagumi Ramai

Jarang betul ada penulis yang namanya trending nombor satu di laman sosial gara-gara ulangtahun kelahiran. Sebab selalunya nama seseorang akan trending kalau dia artis Kpop atau seseorang itu terpalit dengan kontroversi.

Tapi entah apa magis penulis bernama Teme Abdullah sampai namanya menjadi carian tertinggi netizen setakat artikel ini ditulis. Teme pernah menghasilkan beberapa buku sebelum ini dan kesemuanya laku keras seperti Pelukis Jalanan, Arkitek Jalanan, Empayar, dan lain-lain.

Buat yang tertanya-tanya siapakah Teme Abdullah, berikut adalah beberapa fakta menarik tentang penulis ini.

Tak pernah mendedahkan wajah

Nama Teme mula menjadi bualan apabila buku Pelukis Jalanan yang ditulis pada 2016 mula menjadi perhatian pembaca. Isinya menceritakan perjalanannya menyambung pelajaran di United Kingdom dalam jurusan seni bina tanpa bantuan biasiswa dan hanya bergantung kepada duit tabungannya sahaja. Bukan itu sahaja, nama asal Teme dan wajahnya dirahsiakan dan tak ada seorang pun yang tahu siapakah identiti lelaki ini yang sebenarnya. Kini, dia bekerja di sebuah firma seni bina di London.

Peminat beratur panjang

Teme pernah muncul di khalayak ramai buat pertama kali semasa PBAKL 2018. Tapi luar biasa apabila pembaca menunggu berjam-jam untuk mendapatkan tanda tangannya. Seluruh dewan PBAKL penuh dengan peminat karyanya.

Potret lukisan diiktiraf pihak Istana dan Raja Permaisuri Agong

Kemuncak nama Teme Abdullah menjadi sebutan adalah ketika lukisan geometri potret wajah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah danYang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah menjadi viral di laman sosial.

Beliau kemudian dipanggil ke istana dan berpeluang mempersembahkan karyanya. Bukan itu sahaja, lukisan Teme juga digunakan untuk barang-barang rasmi negara.

Itulah serba sedikit tentang penulis ini. Ramai betul orang yang sayang dekat dia sampai trending dekat Twitter. Aura dia lain macam. Apa pun, semoga berjaya Teme untuk karya-karya selepas ini!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: TemeTemerity, Harian Metro

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna