Trending di Twitter! Dialog Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Bikin Hati Cair

Sejak kejayaan drama 7 Hari Mencintaiku pada musim lalu, kini mereka hadir sekali lagi dengan sekual yang padat dengan konflik. Ramai yang lepas rindu tengok Shukri Yahya dan Siti Saleha berlakon di layar kaca. Bukan itu sahaja, ramai juga yang tertanya-tanya macam manalah agaknya jalan cerita yang bakal disajikan dalam sekual ini.

Episod pertama sudah ditayangkan semalam, namun sambutan yang diterima sangat menggalakkan apabila ia menjadi topik trending nombor satu di Twitter. Ramai yang cair dengan dialog yang dilontarkan dalam episod satu ini. Amboi, manis betul ya!

BACA: Montaj Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Kini Tular, Ramai Tak Sabar Tunggu Julai Ni!

Banyak konflik

Ramai juga netizen yang merasakan drama ini akan jadi lebih menarik sebab episod pertama sahaja dah banyak konflik antara mereka. Ada yang mengandung, ada yang putus tunang dan ada juga gaduh-gaduh. Aish, tak keruan penonton dibuatnya!

Dato’ Siti Nurhaliza nyanyi lagu tema 

Rupanya ramai juga yang puji runut bunyi drama ini bertajuk Aku Bidadari Syurgamu. Mana tidaknya, ia dinyanyikan oleh pemyanyi nombor 1 negara, Dato Siti Nurhaliza. Komposernya pula Ippo Hafiz yang selalu digelar raja OST drama Malaysia. Memanglah sedap semacam!

BACA: Trending di Netflix, Ini 3 Sebab Wajib Tonton Drama Its Okay Not To Be Okay

Suara Tokti memang bikin aura drama ini lain macam. Sebab itulah ramai yang cepat-cepat cari lagu ini di Youtube.

Donna menjangkakan drama ini memang akan menjadi perhatian sepanjang musim ini. Jadi lepas ini, cepat-cepat buat reminder dekat telefon supaya tak terlepas nak tengok episod yang seterusnya. Tak sabar!

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna