Trend Tunjuk Gambar ‘Scan’ Bayi Di Media Sosial, Ini Penjelasan Mufti Wilayah…

Kalau ada berita gembira yang berlaku dalam hidup anda, perkara pertama pasti anda ingin kongsikan bersama dengan orang yang tersayang betul tak? Tapi lain pula pada zaman kini, bukan setakat pasangan dan teman rapat sahaja malah siap ‘upload’ di media sosial sekali biar semua tahu.

Memang tak dapat dinafikan kebanyakan di antara kita, ada yang memuat naik gambar ‘ultrasound’ bayi untuk menunjukkan bahawa anda akan bakal menimang cahaya mata. Pertama sekali, tidak salah untuk berkongsi berita gembira tersebut tetapi anda tidak perlu tayang pada semua umum kerana ia merupakan rahsia alam ‘tersembunyi’.

Image result for couple showing baby ultrasound

Sumber: freepik

Janin Membawa Maksud ‘Tersembunyi’

Berdasarkan pernyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan melalui Al Kafi Li Al Fatawi gambar tersebut tidak perlu menjadi tontonan umum kerana ia bertentangan dengan asal maksud janin itu sendiri. Bagi anda yang masih belum tahu janin berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud ‘tersembunyi.

Jadi benarlah, walaupun gambar tersebut tidak menunjukkan aurat ia tidak perlu ditayang kepada umum melainkan ada keperluan seperti urusan perubatan atau sesi pengajaran.

Image result for couple showing baby ultrasound

Sumber: virgin

Penjelasan Daripada Mufti Kedah Pula

Berdasarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa mempamerkan gambar ‘scan’ bayi di media sosial untuk tatapan umum adalah makruh tanzih. Sebagai seorang wanita yang bakal menjadi ibu hendaklah memyembunyikan gambar-gambar janin dalam kandungannya untuk menjaga maruah dan adab sebagai seorang muslimah serta menghayati sifat mahmudah.

Cukup memadai anda hanya berkongsi dengan mahram dan ahli keluarga yang terdekat sahaja untuk menzahirkan rasa syukur dan dan kegembiraan bersama.

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Jagalah Sikit Hati Pasangan, Nak Tegur Pun Ada Caranya 

Tak Kering Gusi! Nak Tengok Gorila Menjerit, Wajib Tonton Filem Dolittle Di Pawagam

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: remaja

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna