Trend Sulam Bedak Di Wajah Penuhi Syarak Atau Tidak?

Haih lecehnya hari-hari kena pakai foundation! Biasalah wanita, nak cantik tapi kadang-kadang ada juga mood bila rasa malas untuk memakai makeup. Memang tak dapat dinafikan lagi wanita dan kecantikan memang tak dapatkan dipisahkan, tambah lagi bagi anda yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Pasti tiada masa untuk bersiap kerana sibuk uruskan hal rumah tangga sampaikan diri sendiri pun tak terurus. Eh jangan macam tu!

Related image

Sumber: journal

Nak cantik kena usaha betul tak? Ramai wanita di luar sana yang melabur duit untuk pergi ke klinik kecantikan bagi mendapatkan rawatan wajah agar kelihatan cantik. Nak cantik itu tidak salah tapi adakah ianya memenuhi tuntutan agama? Haa sekarang ni trend sulam bedak sudah menjadi kegilaan wanita yang ingin kelihatan segar dan cerah kerana tidak perlu lagi memakai bedak. Mungkin ramai yang tidak tahu teknik ini melibatkan sesuatu benda asing yang menutup liang pori dan menyebabkan wudhuk anda tidak sempurna.

Image result for sulam bedak

Sumber: sulambedak

Menurut Dai’ Wan walaupun bahan yang digunakan adalah halal tetapi belum tentu boleh menghalalkan matlamat. Ini kerana, anda hanya boleh mengubah ciptaan Allah jika ingin menyempurnakannya. Sebagai contoh, jika anda mengalami bibir sumbing, maka ia dibolehkan untuk menjalani pembedahan sehingga ia menjadi seperti biasa semula. Elakkan untuk melakukan sesuatu perkara mengikut hawa nafsu semata, jika kulit anda tidak mengalami masalah dan hanya ingin kulit yang putih. Maka anda tidak perlu berbuat sedemikian walaupun ianya halal.

Related image

Sumber: yelp

Siapa saja yang tidak mahu kelihatan cantik dihadapan khalayak ramai,  tetapi ingat berhiaslah mengikut syariat agama agar ianya lebih selamat. Sudah terang lagi bersuluh, sudah banyak pendapat yang dikemukakan oleh ustaz dan ustazah mengenai hal ini. Jadi lepas ni pastikan rawatan yang anda terima memenuhi tuntutan agama, jaga-jaga cantik untuk suami sahaja ye!

Untuk anda yang memang betul-betul menjaga kesihatan kulit muka, apa kata lihat promosi hebat daripada Clinelle ni. Klik sahaja di sini.

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna