Trend Lukis Kening ‘Perfect’ Tanpa Perlu Cukur

Jangan sesekali lukis kening dengan warna hitam kerana ia akan menimbulkan tekstur yang tidak asli dan mencacatkan wajah.”

Hari ini ramai wanita menganggap membentuk kening penting untuk tampil segar dan menawan. Memiliki bentuk kening sempurna, pastinya satu bonus jika dibandingkan dengan mereka yang mempunyai bulu kening berserabut. Dahulu mungkin ramai tidak berapa ambik perhatian, sekarang dengan pelbagai info dan tutorial, kebanyakkan wanita sudah berani membentuk sendiri kening tanpa mencukur pun. Bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensel alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik. Ini bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan, tetapi sudah diamalkan sejak zaman berzaman hingga ke hari ini.

Sumber Foto: beautyhealthtips.in

Meskipun mencukur kening masih popular dan relevan pada hari ini, masih ada wanita yang enggan mencukur atau mengubah kening mereka atas faktor mematuhi hukum syarak atau lebih selesa dengan keaslian bentuk kening sendiri. Namun, tidak semuanya yang bernasib baik dan memiliki bentuk kening tersusun rapi dan tebal. Oleh itu, jika memilih untuk merapikan kening tersebut dengan bantuan alat solek, anda boleh cuba melakukan beberapa teknik melakar kening menggunakan warna yang betul tanpa perlu mencukur. Apapun jenis atau bentuk kening yang dipamerkan, anda seharusnya arif mengenai tujuan menghias diri jangan sampai keterlaluan dan kelihatan pelik pada pandangan orang lain. Bersederhana itu lebih baik tau!

 

TIP MEMBENTUK KENING

  • Pastikan dulu bentuk muka anda terlebih dahulu sebelum melukis kening. Jika anda tidak pasti, untuk pertama kali boleh dapatkan bantuan daripada rakan-rakan yang berpengalaman.

Sumber Foto: plus google

 

Bentuk muka panjang – Sebaiknya bentuk kening perlu lurus.

Bentuk muka bulat – Lebih sesuai dengan bentuk melengkung.

Bentuk muka empat segi – Sesuai jika bentuk kening jenis bersudut.

Bentuk muka segi tiga – Memilih bentuk kening melengkung.

  • Gunakan pembayang mata warna asas seperti coklat gelap untuk disapukan ke kening mengikut bentuk dengan menggunakan berus kening. Lakarkan perlahan-lahan agar nampak sekata. Jangan sesekali lukis kening dengan warna hitam kerana ia akan menimbulkan tekstur yang tidak asli dan mencacatkan wajah.

 

Sumber Foto: Google image

  • Untuk membuatkan bentuk bulu kening kelihatan jelas dan tersusun, gunalah pensil bulu kening secara berlapis atau tipis.

 

Sumber Foto: Google image

 

  • Cuba mulakan dari bahagian hujung dan menghala keluar. Ratakan warnanya menggunakan berus khusus untuk bulu kening. Anda juga boleh menggunakan gel rambut untuk merapikan bulu kening.
  • Setelah itu, boleh juga sapukan alas bedak di bahagian bawah kening untuk menampakkan bentuk kening yang sempurna. Pastikan sapuan di bahagian hujung mata lebih tebal untuk mengelakkan wajah nampak garang.

 

 

 

 

Sumber: standardmedia herinspirasi

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna