Trend Baju Batik, Jom Tampil Berbeza Di Hari Raya

Keunikan baju batik buat si pemakai menjadikan seseorang itu kelihatan berbeza dan percaya atau tidak anda mampu kelihatan lebih fashionable kerana ia memiliki motif khas dan simbolik dalam setiap coraknya. Budaya memakai baju batik sudah menjadi trend  buat kalangan pemuda pemudi dan juga golongan orang yang sudah berumur. Jika dulu, mungkin batik dianggap pakaian tradisional, namun kini baju batik sudah mendapat tempat di hati ramai golongan.

Image result for batik cap

Sumber: batikcap

Mesti anda dah mula shopping baju raya kan? Haa pada anda yang menjadikan baju batik sebagai tema untuk raya kali ini, apa kata anda ikut cara ini untuk memilih baju batik dengan betul. Bagi memilih baju batik yang berkualiti dan sesuai dengan tubuh badan anda, pastikan ukuran baju dititikberatkan untuk memudahkan anda bergerak tanpa ada batasan. Takdela lepas ni terkepit-kepit nak buat kerja!

Image result for girl wear batik

Sumber: olivia

Tangkap muat! Haa jangan main pilih je asal nampak cantik. Tahu tak, anda harus memilih baju batik berdasarkan bahan dan material yang betul kerana ia dapat memberi kesan yang berbeza buat si pemakai. Jika anda ingin tampil kelihatan elegant, bahan batik yang anda perlu pilih adalah batik material sutera dan silk kerana ia lebih sesuai dipakai untuk acara rasmi dan majlis tertentu.

Image result for girl wear batik

Sumber: dvf

Mahal atau murah bukan lah ukuran untuk menentukan baju batik anda berkualiti atau tidak. Jadi apa kata anda gunakan tip yang Donna telah kongsikan ketika membeli agar anda tidak salah pilih. Semoga bermanfaat ye!

 

Sumber: wowortho

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna