Travel Gaya ‘Road Trip’ Lebih Selamat Semasa Pandemik, Ketahui 4 Benda Ini!

Travel dengan kenderaan atau disebut sebagai road trip sebenarnya adalah pilihan paling tepat dan terbaik semasa pandemik. Kalau sebelum ini anda lebih selesa travel menggunakan kapal terbang, keretapi atau bas. Mungkin anda dah boleh perlahan-lahan beralih arah memberi tumpuan kepada road trip sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

Ia juga merupakan saranan yang diberikan oleh pakar seperti Dr. Amanda Castel yang merupakan seorang profesor di bahagian epidemiologi Milken Institute School of Public Health di The George Washington University. Beliau mengatakan situasi travel road trip membuatkan anda lebih berhati-hati dan kurang berinteraksi dengan orang yang tak dikenali berbanding dengan situasi semasa menaiki kapal terbang.

BACA: Ini Cara Travel Dengan Si Comel Ketika Perjalanan Jauh

via GIPHY

Tapi ingat, walaupun anda sedang bergembira dan bercuti, tapi COVID 19 ini tak pernah berhenti tau! Banyak dah negara yang tunjuk kalau kita leka menjaga keselamatan dan kesihatan kes COVID 19 ini akan meningkat dua kali ganda.

Jadi, kalau anda ada rancang nak pergi road trip minggu ini. Berikut adalah beberapa langkah penjagaan yang kami nak cadangkan.

BACA: 4 Sebab Mengapa Anda Perlu Pilih Pulau Kapas Sebagai Destinasi Untuk Bercuti

Bawa benda penting

Kalau sebelum ini antara perkara yang termasuk dalam senarai barangan penting anda ialah kamera atau make up. Musim pandemik ini apa kata pastikan barang seperti penutup hidung dan mulut dan hand sanitizer sebagai barangan wajib ada dalam beg tangan. Jadikan ianya benda wajib pakai sepanjang travel.

Sihat ke tak?

Walaupun yang pergi trip itu adalah kawan-kawan kita. Tapi pastikan mereka semua sihat dan tak ada apa-apa gejala. Yelah, kita tak nak suruh anda bersangka buruk. Tapi disebabkan kita akan bersama-sama dalam perjalanan yang panjang dan bakal berkongsi udara yang sama. Lebih baik kita buat persediaan awal-awal.

via GIPHY

Elak tempat ramai orang

Destinasi yang anda pilih itu pula kena tengok betul-betul tau. Elakkan pergi ke tempat yang ramai orang seperti pusat beli-belah, tandas awam dan lain-lain.

Hirup udara segar

Jangan terlalu manja dengan pendingin hawa. Sesekali itu bukalah tingkap dan hiduplah udara segar. Ia juga sangat membantu kesihatan fizikal dan mental anda.  Bukan itu sahaja, carilah tempat penginapan yang mendamaikan dan membantu anda untuk mendapatkan udara yang lebih baik.

Kita semua kena biasakan hidup di norma baharu. Kalau sebelum ini anda banyak habiskan masa travel ke kota dengan menaiki kapal terbang. Apa salahnya sepanjang musim pandemik ini kita ubah sikit gaya. Okay tak?

 

 

 

 

 

 

Sumber: CNN Indonesia

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna