Tragedi Pesawat Terhempas Di Jakarta: Apa Puncanya?

Takutlah nak naik kapal terbang tapi kalau dah ajal, bawak basikal pun nyawa boleh terpisah dari badan,”

Semalam, pesawat Lion Air yang dikendalikan Kapten Bhavye Suneja dan pembantu juruterbang Harvino, bersama enam anak kapal telah terhempas di perairan Karawang adalah sebuah pesawat baharu yang mula melakukan operasi penerbangan pada 15 Ogos 2018.

Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu yang membawa 189 dan lapan anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan sebelum terhempas di perairan Karawang, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.

Sumber: BBC

Walau bagaimanapun, pasti ada di antara anda semua sudah mula rasa takut untuk menaiki kapal terbang dengan kes-kes kapal terbang hilang dan terhempas sejak kebelakangan ini semakin kerap berlaku. Namun pun begitu, usahlah berasa takut, kejadian seperti ini bukanlah sesuatu yang kita semua inginkan. Sudah tentu pihak tertentu berwajib sudah melakukan pelbagai langkah untuk mengelakkan tragedi seperti ini daripada berlaku. Apakan daya, malang tidak berbau dan ajal maut semua ditentukan Tuhan.

Artikel kali ini akan memberi anda sedikit pengetahuan tentang punca kapal terbang terhempas dan apa yang perlu dilakukan oleh penumpang. Salah satu punca sebuah kapal terbang boleh  terhempas secara tiba-tiba adalah;

  1. Pintu tercabut
  2. Enjin terbakar
  3. Control surface stuck
  4. Tingkap cermin pecah

Kesemua punca di atas akan menyebabkan kapal terbang tekanan hilang dan juruterbang perlu membuat pendaratan kecemasan di kawasan lapang. Pada ketika ini, juruterbang akan mengambil tindakan untuk menurunkan topeng oksigen untuk penumpang.

Sumber: mstar

Semasa juruterbang ingin melakukan pendaratan kecemasan, juruterbang akan mencari kawasan yang strategik untuk mendarat seperti di kawasan lapang iaitu perairan laut atau padang untuk memastikan keselamatan penumpang semuanya dalam keadaan selamat.

Jika juruterbang terpaksa membuat pendaratan kecemasan di kawasan perairan, pramugara dan pramugari akan memberi arahan kepada penumpang untuk menggunakan slide raft dan menyarungkan jaket keselamatan untuk keluar dari pintu kecemasan.

Sumber: aviation stack exchange

Jika juruterbang terpaksa membuat pendaratan kecemasan di kawasan luas seperti padang, pramugara dan pramugari akan memberi amaran kepada penumpang bahawa mereka akan merasakan tekanan dan goncangan yang kuat kerana tekanan ketika mendarat di kawasan padang lebih tinggi berbanding di kawasan perairan.

Kemudian, jika pendaratan kecemasan selamat dilakukan, kesemua penumpang akan diminta untuk memakai jaket keselamatan dan keluar dari pintu kecemasan tengah kapal terbang sambil menundukkan kepala mereka.

Sumber: Eh!

Tetapi, jika sebarang pendaratan kecemasan gagal. Bersedialah untuk hadapi takdir yang sudah tertulis. Apa pun, sebelum menaiki kenderaan, haruslah membaca doa menaiki kenderaan untuk dilindungi dari sebarang kecelakaan serta selamat pergi dan balik.

Nota

Ketika kapal terbang berlepas dan mendarat, penumpang wajib memakai tali pinggang berpandukan penanda lampu amaran yang bewarna jingga. Malah, segala arahan dari pramugara dan pramugari mestilah dipatuhi untuk keselamatan dan keselesaan penumpang yang lain.

Sumber: BH

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna