Tradisi Salad Melayu Hampir Dilupakan, Jom Belajar Buat Kerabu!

Gabungan sayur-sayuran, perahan jus limau dan digaulkan pula dengan hirisan halus mangga. Umpph sedapnya, haa boleh teka tak apa hidangan yang dikatakan tu? Rasanya yang masam dan pedas memang sesuai sangat dengan tekak orang melayu kita ni, tak lain tak bukan mesti lah kerabu!

Apa yang bestnya tentang kerabu ni ia boleh dimakan begitu sahaja ataupun digandingkan dengan juadah lauk ikan goreng, haih terliur dibuatnya. Kebiasaannya kerabu ni hanya dijual di kedai makan tertentu sahaja, jadi susah untuk anda dapatkan, tapi anda tak perlu risau dah, sebab kali ini Donna akan kongsikan pada anda cara resepi  mudah untuk buat kerabu. Bagi yang sukakan hidangan masamm tunggu apa lagi jom cuba resepi kerabu mangga ni!

Kerabu Mangga Ala Thai

Image result for kerabu mangga

Sumber: myresepi

Bahan-bahan

  • Mangga muda sebiji (sagat @ hiris nipis)
  • Serai sebatang
  • Bunga kantan
  • Bawang besar sebiji
  • Cili padi 5 biji (ikut selera masing-masing)
  • Ikan bilis goreng (tumbuk kasar),
  • Kacang tanah goreng (tumbuk kasar),
  • Garam dan gula,
  • Sos ikan,
  • Air perahan limau/oren sunquick (kalau mangga sudah masam tidak perlu letak air perahan limau).

Cara Penyediaan

Mula-mula hiris nipis semua bahan yang bertanda. Kemudian masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk besar dan perasakan bahan dengan garam, gula, sos ikan dan air perahan limau. Akhir sekali gaul sampai sekata dan secukup rasa. Siap!

Related image

Sumber: resepi asia 

Sangat senang bukan? Bukan setakat kerabu mangga je anda boleh buat, ikut kreativiti dan cita rasa masing-masing. Mungkin kalau terasa nak makan seafood ke, campur je sotong dan udang yang sudah direbus. Memang bertambah sedap la, selamat mencuba!

 

 

 

 

Sumber: bidadari

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna