Topeng Muka & ‘Face Shield’: Mana Satu Sesuai Untuk Anak?

Pelindung pelitup muka atau face mask bagi kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah dalam pergaulan di kelas persekolahan adalah tidak diwajibkan kerana ianya dikatakan mampu untuk mengundang risiko bahaya keselamatan kanak-kanak tersebut.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Pakar Perunding Kanan Pediatrik Datuk Dr Amar Singh yang merupakan bekas Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Tambah Datuk Dr Amar lagi, kanak-kanak yang berusia di peringkat semuda lima tahun yang terutamanya masih belum lancar percakapannya atau mempunyai masalah kesihatan berkaitan dengan pernafasan seperti asma, mungkin akan berdepan dengan maslaah jika topeng pelindung separuh muka dipakai dalam tempoh yang lama.

Menurut sumber, kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti jantung, asma tidak dicadangkan untuk memakai topeng muka separuh dalam tempoh yang lama dek kerana bimbang akan risiko untuk mereka mengalami kesesakan nafas. Katanya lagi, lebih membimbangkan jika kanak-kanak yang tidak petah berkata dan berkomunikasi.

Manakala, pelindung muka atau face shield lebih sesuai untuk kanak-kanak yang mudah untuk mengikut dan memahami arahan. Beliau yang juga merupakan Penasihat Majlis Kebangsaan Intervensi Awal Kanak-Kanak (NECIC) menyatakan pelindung muka jenis ini tidaklah bagus seperti topeng muka separuh namun ianya tidak menganggu pernafasan kanak-kanak tersebut.

Dalam pada masa yang sama, beliau juga menyatakan bahawa penggunaan cecair sanitasi tangan tidak perlu menjadi kerisauan dalam kalangan ibu bapa kerana ianya bagus untuk menyahaktifkan bakteria.

Semoga artikel ini dapat membantu mengurangkan kerisauan kalangan ibu bapa terhadap anak kecil mereka.

 

 

Baca juga: Bayi Usia 13 Hari Positif COVID-19 Meninggal Dunia

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Siraplimau

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna