Top 5 Ujibakat Popular & Kelakar Buat Anda Tidak Kering Gusi

Bukan semua orang sedar atau boleh terima bila kita kata mereka memang tidak mempunyai sesuatu bakat. Walau bagaimanapun, keyakinan itu penting!

Namun, bukan semua orang juga mempunyai keberanian untuk menonjolkan diri atau meletakkan diri ke dalam sesi ujibakat yang ada. Kasihan juga apabila melihat mereka yang mempunyai minat yang tinggi namun bakatnya pula ke laut!

Yang pelik juga, ada pula mereka yang memang berbakat, tidak pula mempunyai keyakinan diri sehinggakan ujibakat tidak menjadi.

Seringkali Donna lihat ramai orang makin stress disebabkan banyak isu yang melanda diri. Jadi, apa kata kita relaks sedikit dengan melayan video ujibakat lawak yang Donna jumpa di YouTube. Perkongsian ini hanya semata untuk membuatkan anda semua melepaskan tension dan stress yang dialami ya.

Funny Arab Idol

Ujibakat yang disertai oleh lelaki ini sebenarnya sudah bertahun lama dah berlalu. Disebabkan ianya terlalu kelakar, ia masih lagi dinikmati oleh orang ramai. Dah tengok banyak kali pun masih lagi kelakar! Sehingga kini kita tidak tahu lelaki ini sebenarnya berbakat untuk menyanyi mahupun tidak!

Burung Puyuh 

Okay yang brader burung ni siapa je yang tak pernah tengok? Lelaki ini begitu kekok ketika ujibakatnya sehinggakan menjadi satu hiburan yang cukup popular di Malaysia. Sampaikan beliau digelar Mr.Bean Malaysia! Donna pun tidak mengerti akan lelaki ini. Mungkin disebabkan terlalu gemuruh! Siapa yang paksa lelaki ini ujibakat ni?

Ken Lee

Yang ini pula, melibatkan seorang wanita ini yang mempunyai cita-cita untuk menjadi penyanyi. Mungkin penyanyi lagenda  Mariah Carey menjadi sumber inspirasi beliau. Namun, walau telah cuba untuk memperbetulkan tajuk lagunya yang asal ‘Without You’ wanita ini tetap dengan jawapanya iaitu ‘Ken lee’.

 

Indonesian Idol

Mari kita ke Indonesia pula. Lelaki ini mahu menyanyikan lagu Linkin Park yang berjudul Numb. Namun, jika didengar dengan betul, alahai bahasa inggerisnya seperti dicipta sendiri. Yang kelakar, abang ni siap menari dengan confident!

X Factor J Star

Yang ini jelas sekali wajah para juri apabila melihat lelaki ini menyanyi. Bukan itu sahaja, gelagat mereka yang lain melihat juga terdiam. Yang paling kelakar apabila seorang juri turut mengajuk nyanyian lelaki tersebut. Tak baik tau!

 

Semoga anda enjoy kompilasi ujibakat kelakar yang Donna kongsikan ini. Kongsikan pada rakan-rakan supaya mereka pun turut ketawa bersama!

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna