Top 5 TikTok Video Nursajat Yang Paling Kelakar

Memang tidak dinafikan, namanya terkadang lebih terkenal berbanding selebriti yang ada dalam industri hiburan tanah air. Mungkin sebahagian daripada kita mengenalinya atas beberapa hal yang lain, seperti perniagaannya  dan mungkin juga ada yang mengenalinya atas sebab gelagatnya yang sering mendapat perhatian netizen.

Di samping itu, ada juga netizen yang menyokong nasihat-nasihat atau kata-kata semangat yang dikongsikan oleh beliau. Ada pula yang meminta nasihat daripadanya. Nasihat berkaitan dengan perniagaan, kehidupan, kecantikkan malah ada juga yang bertanya pasal cinta! Walau sering dikecam oleh sebahagian netizen, namun ramai juga yang turut terhibur dengan gelagatnya yang mencuit hati. Hari ini Donna mahu kongsikan kepada anda semua 5 video TikTok kelakar yang dihasilkan oleh Sajat. Jangan stress sangat ya, hanya sekadar hiburan!
Baca:Top 5 Tiktok #LathiChallenge Yang Paling Menarik
Thai Girl
Dalam Tiktok yang pertama boleh dilihat Sajat membebel dan mengajuk audio yang digunakan. Jika dibayangkan, ianya seakan situasi berada di salon dan yang kelakarnya apabila wajahnya disertakan dengan penggunaan filter effect yang kelakar.
@nursajat23Thai girl!!! ##thaigirl ##model ##nursajat23 ##nursajat ##funnygirl♬ original sound – blakeimage

Bebel Jual Emas

Yang ini juga kelakar apabila penggunakan kesan muka yang kelakar dalam pada mengajuk audio bebelan suara lelaki. Sambil menunjukkan barangan kemas yang mahu dijual pula tu! Kena pula dengan suara bebelan tersebut.

@nursajat23♬ original sound – Tengku Shai

Bawang Merah Bawang Putih

Yang ini pula diganyahnya rakan sekerjanya! Kelakar apabila melihat mereka berdua melakonkan semula salah satu babak dari semua drama Indonesia yang pernah meletup di Malaysia satu ketika dahulu!

@nursajat23Ampu ma♬ Bawang Merah Bawang Putih by Albrew – ITC_Albrew

Miss Universe Sangkak

Gigih sungguh apabila melihat videonya yang kali ini disertai dengan Dato’ Aliff Syukri dan seorang lagi rakan mereka. Kononnya si Sajat ini kalah dalam pertandingan Ratu Cantik Dunia dan tidak berpuas hati. Akhirnya, rakanya itu dibelasah pula oleh Sajat.

@nursajat23Muka mcm ini boleh menang miss universe!!! Sangkak♬ Miss Universe is PHILIPINES – Linie Amoyee

No Quarantine

Dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang pernah disambungkan pada ketika itu, Sajat mengeluarkan sebuah Tiktok yang menunjukkan reaksinya  terhadap keputusan sambungan tersebut. Kelakar Donna lihat kerana hampir semua daripada kita juga merasakan perkara yang sama! Walau bagaimanapun, hanya sekadar gurauan dan sudah tentulah kita rakyat yang bijak ini memahami!

@nursajat23Nooooo quarantine 😱😱😱😱!!! ##quarantine ##omg ##stayathome ##nursajat23 ##nursajat♬ original sound – Nursajat23

Perkongsian ini hanya sekadar untuk hiburan sahaja dan tidak mempunyai sebarang makna yang  berlainan dan semoga anda semua terhibur akan video tiktok yang dihasilkan oleh Sajat ini. Ha! Dah habis layankan? Sambung kerja pula!

Baca:Contohi Shah Iskandar, Luang Masa PKPB Menjual Buah Mangga Tepi Jalan

Amalkan 5 Tip Ini Untuk Elak Berat Naik Mendadak Musim Raya!

 

 

 

 

 

Sumber:TikTok

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna