Top 5 ‘Street Market’ Yang Paling Dirindui Ketika PKP

Hello ladies! Macam mana anda semua coping with Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ni? Donna harap anda semua selamat sahaja duduk rumah. Speaking of duduk rumah, Donna nak tanya sebelum PKP ini dilancarkan, mesti ramai ramai rakyat Malaysia yang gemar untuk pergi ke pasar malam atau market kan?

Aha! Anda semua ingat lagi ke tempat yang selalu jadi port lepak tu? Well, mesti rindu nak ke pasar malam kan? Who doesn’t!  Pasar malam lah tempat yang mempunyai pelbagai jenis makanan yang enak. Makanan tradisi India, China, Western dan juga lain lain!

Disebabkan itu, Donna ada 5 cadangan untuk anda target selepas keadaan reda dan juga untuk membeli belah di street market yang paling top dekat bandar-bandar besar di Malaysia.

Petaling Street

Tempat ini dikenali antara tempat yang paling popular jugaklah di Kuala Lumpur. Terdapat banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis barangan dengan harga yang murah! Anda cakap sahaja nak cari apa, handbag? Jam? Baju? semua ada. Bukan setakat tu je, dah lah harga pun berpatutan, boleh berunding pula!

Foto:static.asiawebdirect.com

Kasturi Walk

Selain daripada Jonker walk yang korang suka pergi tu, Kasturi Walk ni pun best jugak tau. Terletak di antara Central Market, tempat ni memang banyak jual handbag, t-shirt, selipar dan jugak makanan lokal! Anda boleh datang sini dengan jalan kaki selama 5 minit sahaja daripada LRT Pasar Seni tu. Hopefully, lepas keadaan reda bolehlah kita shopping tanpa risau lagi.

Foto:static.asiawebdirect.com

Chow Kit Market

Tempat ni memang dikenali sebagai pasar basah terbesar Kuala Lumpur dan kalau anda nak shopping bahan-bahan basah, mesti complete punya list shopping tu. Bahan basah pun cukup segar dan bukan itu sahaja geng, anda juga  boleh cuci mata dengan baju-baju dan pilihan kasut yang ada. Rindunya!

Foto:www.nellaterradisandokan.com

Pasar Kampung Baru

Sebut je Kampung Baru, siapa sahaja yang tidak kenal? Area di sini merupakan tempat yang menarik untuk membeli baju kurung, kain batik dan juga songkok. OMG! Di sini juga merupakan salah satu tempat shopping raya yang agak popular. Let’s not forget, jika anda mahu membeli gifts untuk kawan-kawan pun sesuai juga. But this year, jangan lupa ya kita kena tunggu keadaan reda terlebih dahulu. So, #stayhome!

Foto:static.asiawebdirect.com

The Taman Connaught Night Market

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan ini dijalankan, pasar malam ini ada lebih kurang 700 gerai sepanjang dua kilometer. OMG what?! Penuh dengan makanan, produk make up dan bermacam lagi barang-barang! Yang paling best ada macam-macam local desserts dan snacks!

Foto:static.asiawebdirect.com

Semoga artikel ini dapat menjadi sebuah topik yang menarik buat pembaca Donna dan ingat, untuk kita dapat menikmati lagi melawat tempat yang menarik yang cukup menjadi salah satu lambang Malaysia yang menarik, stay home okay? Kita boleh lakukannya!

 

 

Baca juga:

Mana Nak Travel Waktu PKP Ni? Jom Ke Kota Kinabalu Sebab

Travel Gaya Road Trip Lebih Selamat Semasa Pandemik, Ketahui 4 Benda Ini!

 

 

 

 

 

Sumber:Kuala Lumpur Ws

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna