Top 5 Penulis Buku Terkaya Di Dunia

Budaya membaca buku perlu sentiasa diterapkan kepada generasi muda supaya bahan-bahan bacaan tidak lupus ditelan zaman.

Kami di Donna pun merasakan membaca ini penting, walaupun anda kini lebih menghabiskan masa dengan telefon pintar, tapi di dalamnya anda boleh gunakan untuk membaca E-book, ataupun artikel daripada laman web Donna ini.

Tapi harini Donna bukan nak share tentang kebaikkan membaca, tetapi ingin memberi informasi kepada pembaca siapakah penulis buku yang terkaya di dunia.

Walaupun buku semakin kurang mendapat sambutan, tetapi buku-buku daripada mereka sangat popular dan ada yang menjadi kaya kerana hakcipta buku-buku mereka yang diolah menjadi filem ataupun sebuah pop culture.

Jadi tanpa membuang masa lagi mari kita lihat siapakah penulis-penulis buku yang terkaya ini.

via GIPHY

 

  1. Stephen King

Stephen King adalah penulis yang sangat popular dengan penulisan-penulisan yang seram dan mampu meremangkan bulu roma anda. Setiap buku tulisannya telah diadaptasikan menjadi filem dan kebanyakkannya mendapat sambutan yang hangat.

Anda semestinya pernah menonton filem dari novel beliau, antaranya adalah IT, Pet Sematary dan yang paling terbaru adalah Doctor Sleep. Dianggarkan kekayaannya adalah sebanyak 17 juta dollar Amerika!

  1. Jeff Kinney

Jeff Kinney juga adalah diantara novelis atau penulis yang bukunya menjadi popular dan telah menjadi sebuah filem. Beliau adalah penghasil buku-buku cerita Diary of Wimpy Kids dan ianya mendapat sambutan yang luar biasa sejak penghasilannya.

Berbanding Stephen King, Kinney adalah penulis buku kanak-kanak dan berunsurkan tentang minda kanak-kanak. Kekayaannya dianggarkan sebanyak 20 juta dollar Amerika. Fuh!

  1. Michelle Obama

Bekas first lady Amerika dan juga isteri kepada Barrack Obama ini adalah satu-satunya penulis yang baru di dalam senarai penulis terkaya. Beliau mengeluarkan sebuah buku tentang kisah hidup beliau dan buku itu menjadi terkenal. Buku yang bernama Becoming itu telah terjual sebanyak 10 juta naskhah walaupun ketika zaman buku kurang mendapat sambutan ini. Jumlah kekayaannya adalah sebanyak 36 juta dollar Amerika.

  1. James Patterson

Seorang penulis Amerika yang menulis pelbagai genre menjadikan beliau antara penulis yang terkaya. Dia mampu menulis tentang politik, drama mahupun thriller menjadikan dia mempunyai bakat menulis yang sangat hebat dan diterima oleh pembaca.

Buku popular beliau yang ditulis bersama Bill Clinton, The President Is Missing, adalah sebuah buku fiction untuk dewasa yang dinobat sebagai best-selling di Amerika pada tahun 2018. Kekayaannya dianggarkan bernilai lebih kurang 70 juta dollar Amerika.

Finally……

#1- J.K Rowling!

Siapa yang tidak kenal dengan penulis yang telah mencipta fenomena di dalam dunia fantasi ini. Semua pastinya kenal dengan J.K Rowling, penulis wanita yang telah menghasilkan karya hebat yang telah diadaptasikan menjadi filem iaitu Harry Potter.

Bukan sahaja filem Harry Potter itu mendapat sambutan, malahan bukunya juga sangat popular dan menjadi buah mulut orang sejak ianya dikenalkan. J.K Rowling masih lagi menjadi antara penulis buku yang terkaya dengan kekayaan lebih kurang 92 juta dollar Amerika.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Forbes

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna