Tonton Filem Ini, Naikkan Nafsu Pasangan Sebelum Bersama

Rasanya, semua pasangan suami isteri sudah tahu foreplay adalah benda paling wajib dibuat untuk menaikkan nafsu wanita sebelum berasmara. Tapi, percaya atau tidak, ada juga lelaki yang tak tahu macam mana nak buat wanita turn on walaupun sudah lama mendirikan rumahtangga.

via GIPHY

Tak apa, Donna ada tip! Tapi, tip kali ni tak berat macam selalu. Tak perlu pergerakkan yang seksi pun. Hanya hidangkan beberapa senarai filem ini kerana Donna yakin, ia mampu buat nafsu anda dan pasangan turn on! Antaranya adalah…

Fifty Shades of Grey

Seperti semua sedia maklum, unsur seks dalam filem ini sangat agresif kerana bermain dengan peralatan ketika melakukan hubungan intim. Tidak cukup dengan itu, setiap pergerakkan di atas katil yang di lakonkan oleh pelakon iaitu Dakota Johnson dan Jamie Dornan, sangat detail. Dari mula terbaring atas katil sehingga mereka selesai melakukan seks.

Eyes Wide Shut

Kepada peminat Tom Cruise, pasti anda tahu filem Eyes Wide Shut yang popular pada tahun 1999. Jalan cerita ini juga memaparkan aksi-aksi yang mampu membuat anda dan pasangan terangsang. Kepada yang tidak pernah menonton filem ini, mungkin malam ni boleh ajak pasangan tonton bersama.

Baywatch

Filem ini agak lucu tapi mampu menghangatkan nafsu seks anda bersama pasangan. Mana tidaknya, barisan pelakon semuanya seksi, cantik dan kacak! Daripada pelakon lelaki, Zac Efron dan Dwayne Johnson sehingga pelakon wanita iaitu Priyanka Chopra dan Alexandra Daddario. Tak perlu Donna cerita panjang lebar, dengar nama pun dah membuat diri anda rasa membuak-buak nak tonton.

Disobedience

Sebuah filem yang dilakonkan oleh Rachel Weisz dan Rachel McAdams. Cerita agak berat tapi untuk merangsang nafsu anda pada tahap permulaan sangat sesuai. Ia mengisahkan tentang anak perempuan seorang paderi yang kembali ke kampung halamannya untuk majlis pengebumian ayahnya. Kemudian, jatuh cinta dengan isteri kepada anak murid ayahnya. Rumitkan? Tapi, ia sangat sesuai untuk menghangatkan nafsu seks anda.

On Chesil Beach

Biasalah, kalau cerita-cerita seks yang berunsurkan cinta pasti di adaptasi dari novel. Salah satunya adalah On Chesil Beach, barisan pelakonnya terdiri daripada Saoirse Ronan dan Billy Howle. Walaupun cerita ini mengisahkan percintaan dua remaja tetapi, penyampaiannya mampu membuat anda dan pasangan terangsang. Tak percaya? Malam ni tengoklah berdua!

Itulah antara filem yang dapat menaikkan nafsu seks anda dan pasangan. Malam ni, kalau internet dekat rumah laju dan kuat, bolehlah menghangatkan bilik dengan filem-filem yang Donna senaraikan ni. Selamat menonton dan selamat ber-ehem!
Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna