“Tolonglah Duduk Rumah” – PM, Rakyat Malaysia Jangan Ulang Kesilapan Rakyat Itali

Pelbagai arahan telah dikeluarkan sejak penularan wabak Koronavirus (COVID-19). Segala medium digunakan, antaranya televisyen, radio dan yang paling efektif adalah media sosial untuk menyebarkan segala alternatif untuk mengurangkan angka mangsa COVID-19.

Malangnya, sebaliknya pula berlaku apabila dalam masa seminggu, angka COVID-19 naik mendadak daripada 200 lebih kepada 790 kes dan mengakibatkan 2 kes kematian pada 17 Mac.

Susulan daripada itu, Perdana Menteri YAB Muhyiddin Yassin malam semalam menegaskan dan memohon supaya rakyat Malaysia tidak mengambil kesempatan untuk bersuka-ria sepanjang perintah kawalan pergerakan dijalankan.

“Saya ingin merayu kepada saudara-saudari. Tolonglah. Stay where you are. Mana yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur, yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru. Kalau anda merancang untuk pulang ke kampung, batalkanlah dahulu niat itu. Saya minta tolong untuk tempoh dua minggu ini sahaja.

Sumber: nst

Itu ringkasan apa yang berlaku di negara Malaysia tapi masih lagi ada yang berdegil tidak mendengar arahan yang kemungkinan besar dapat meningkatkan kes COVID-19 sehinggakan Perdana Menteri mengatakan jika negara kita gagal menurunkan jumlah dalam masa 2 minggu ini, Perintah Kawalan akan dijalankan.

Ini lebih memburukkan keadaan dan kita semua tidak akan boleh membuat apa-apa melainkan hanya duduk berkurung di rumah. Tahukah anda, salah satu negara Eropah iaitu Itali telah pun melancarkan ‘lockdown’ atau perintah berkurung.

Menurut posting 999malaysia, di Itali pada awalnya, pihak kerajaan mereka juga mengenakan kawalan pergerakan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri tempoh lalu.

Rakyat Itali berdegil…

Sumber: shanghaidaily

Malangnya ramai yang berdegil kerana waktu perintah sekolah ditutup, ibu bapa di sana menggunakan peluang ini untuk bawa anak anak mereka berjalan, balik kampung, bercuti, bawa ke pasaraya dan mereka tidak betul betul ‘duduk’ di rumah seperti yang disyorkan oleh kerajaan.

Lebih teruk lagi, mereka pergi ke gimnasium, masih makan di restoran dan masih ke kelab sehingga kesannya, hari ini seramai 27,980 rakyat Itali sudah dijangkiti COVID-19 dan ini menyebabkan dalam tempoh 24 jam semalam sahaja, mereka mencatatkan 3233 kes baru dalam sehari dan sebanyak 2158 kematian.

Itali darurat…

Dengar cerita, sekarang di Itali sudah pun diperintahkan berkurung dan mana pesakit yang berusia 80 tahun dijangkiti wabak ini akan dibiarkan mati begitu saja. Manakala, mereka yang kronik akan dibiarkan mati kerana rawatan akan diutamakan kepada mereka yang mengalami ‘mild symptom’.

Sumber: nst

Bayangkan, jika negara Italy di Eropah yang maju pun menghadapi masalah sebegini, macam mana dengan kita di Malaysia? Mampukah kita nak mengawal kes-kes sebegini dalam kuantiti yang besar? Sekarang ini pun, barisan hadapan COVID-19 sudah ‘letih’ dan ‘penat’ dengan kerja lebih masa yang terpaksa mereka lakukan.

Ditambah pula mereka terpaksa memakai pakaian khas untuk melindungi mereka dari terkena jangkitan penyakit. Kasihanilah mereka. Usah menambah lagi derita dan kesusahan mereka.

Tambah Perdana Menteri semalam, dia menegaskan agar rakyat Malaysia jangan menggunakan peluang dua minggu ini untuk lepak di kedai mamak di restoran,kopitiam, pusat hiburan dan kepada ibu-bapa pengantin minta tolong sangat-sangat batalkan kenduri. Lakukan mana yang wajib dulu.

Nampaknya, pada hari pertama ini ada sesetengah rakyat Malaysia masih berdegil. Semoga semuanya mendegar arahan selepas Perdana Menteri memberi ucapan buat kali kedua.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik artikel berikut:

Betul Ke Pisang Dapat Elak Dari Dijangkiti Covid-19?

Penting! Benarkah Hubungan Seks Boleh Sebarkan COVID-19?

 

 

 

 

 

Sumber: 999malaysia

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna