Tolonglah Berubah! Mudahnya Suami Berlaku Curang Ketika Isteri Sarat Mengandung

Dalam bulan yang mulia ini, sekali lagi dikejutkan mengenai kes yang sudah menjadi bualan netizen di mana pelakon tempatan Ammar Alfian dikatakan berlaku curang kepada isterinya. Lebih menyedihkan apabila isterinya mengetahui perkara itu ketika sedang sarat mengandung enam bulan. Bukan ke kehamilan isteri menjadi pengikat kasih di antara suami dan isteri dan menjadikan kasih sayang suami semakin mendalam?

Image result for isteri mengandung

Sumber: etapa

Menurut Robert Rodriguez seorang ahli psikologi menyatakan bahawa sebanyak 10 peratus kes kecurangan suami akan berlaku dan ia berpendapat bahawa semakin meningkat perkembangan bayi, semakin tinggi risiko suami untuk berlaku curang. Bahayanya!

Image result for isteri mengandung

Sumber: siraplimau

Tetapi anda harus ingat, sebenarnya tiada sebab yang specific pun untuk seseorang itu berlaku curang. Mungkin ada beberapa faktor yang membuatkan si suami cenderung untuk berlaku curang antaranya kepuasan dalam melakukan hubungan intim semakin berkurangan. Kadangkala isteri yang sedang hamil ini berasa tidak selesa untuk bersama suami kerana bentuk tubuh yang semakin membesar.

Image result for isteri mengandung

Sumber: abc

“Berpuasa batin” mesti anda tidak pernah dengar kan? Sebenarnya sebagai seorang isteri anda perlu alert tau bila para suami merasakan mereka tidak dapat layanan daripada anda. Walaupun pada awalnya si suami tak pernah terfikir untuk berlaku curang, tetapi anda harus hati-hati. Keperluan batin dalam rumahtangga adalah elemen penting untuk anda jaga dalam mengekalkan hubungan yang baik. Si suami pula harus lah bersikap matang ketika isteri sedang hamil, baru lah bahagia!

 

 

 

 

Sumber: aseanparent

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna