Tiram, ‘Susu Dari Laut’ Korea Selatan

Sebut tiram mesti ada yang terbayang set tiram yang dihidangkan dalam filem Mr.Bean tu kan? Sememangnya tiram lebih enak jika di makan secara mentah. Ia dikenali sebagai ‘susu dari laut’ kerana kaya dengan nutrien dan protein. Kandungan zinc dan kalsium di dalam tiram boleh merawat mata yang penat, mencantikan kulit dan meningkatkan kebolehan belajar.

Tongyeong hasilkan tiram yang terbaik

Lautan di Tongyeong begitu jernih dan bersih, menjadikannya lokasi terbaik bagi pembiakan tiram. 80% daripada hasil tiram di Korea datangnya dari laut di Tongyeong dan Taehwa.Inc merekodkan 7 bilion dollar nilai eksport setahun terutamanya ke Jepun dan Amerika Syarikat. Jenis tiram yang dieksport biasanya yang berkualiti tinggi dan menjadi antara hidangan mewah di negara-negara ini.

Proses penuaian tiram

Waktu kemuncak untuk menuai tiram bermula di awal musim sejuk dan dilakukan secara manual. Perubahan suhu lautan akan memberi kesan kepada kualiti tiram dan ada juga tiram yang akan berubah jantina semasa perubahan suhu ini…

Kren digunakan untuk mengangkat guni yang dipenuhi dengan tiram yang baru dituai untuk diletakkan di kawasan memproses tiram.

Tiada mesin digunakan untuk membuka tiram dan segala proses mengasingkan isi tiram dari cengkerang dilakukan dengan tangan dan rata-rata pekerja sudah melakukan tugas ini berpuluh tahun lamanya!

Tiram yang siap dikopek dan dibersihkan kemudiannya dibungkus dan siap untuk proses lelongan.

Lelongan biasanya dilakukan dua kali sehari iaitu tengah hari dan petang. Pembina tertinggi boleh memilih sendiri tong-tong yang diisi dengan tiram yang berkualiti tinggi.

Pelbagai jenis hidangan menggunakan tiram

Isi tiram yang bagus biasanya penuh dengan isi, berwarna seperti susu dan tak hanyir. Perah sedikit lemon dan boleh terus dimakan.

Kalau tak berselera untuk makan tiram secara mentah, mereka yang tinggal di Tongyeong menyediakan tiram dalam pelbagai jenis masakan.

Gul-Muchim (seasoned oyster) adalah tiram yang diperap bersama kimchi. Biasanya dihidangkan sebagai side dish untuk dimakan dengan nasi.

Doenjang Jjigae (Korean Seafood Stew) yang dihidangkan dengan pelbagai jenis seafood di dalamnya.

Pankek tiram paling sedap dimakan panas-panas.

Tiram celup tepung pun boleh!

Kalau cuti sekolah ni ada plan nak ke Korea, boleh la ke Tongyeong. Satu jam setengah je perjalanan dari Busan, anda dah dapat menikmati tiram fresh from the sea. Dah balik Malaysia nanti tak dapat makan tiram, makan sayur masak sos tiram pun jadilah…hiks! Selamat bercuti! 

 

Penulis: Arafah

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna